Mereka yang sudi.......

Sunday, December 19, 2010

Pai Ikan Dan kentang


Afternoon every one.Ini menu untuk lunch tadi.Something that you just throw everything in and put it in the oven so i can go and get ready to go to work.During  school holidays ni office buka pukul 11 pagi so sempat la masak breakfast and lunch.Dinner saja yang kadang-kadang curi tulang...hi hi hi


Bahan-bahannya
5-6 biji kentang russet
1 1/2 kilo (lebih kurang 3 keping) isi ikan dory
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
200 ml cream
1 cawan fresh milk
cheese secukup                                                 
3 sudu besar butter 
3 sudu besar tepung gandum
garam
lada hitam

Cara-caranya
1- Kentang dikupas dan dipotong bulat dan nipis-nipis. Rendam dalam air sejuk bersama sedikit garam lebih kurang 20 minit.Tos kan airnya.
2- Ikan dipotong dadu sederhana besar.Basuh bersih dan toskan airnya.
3- Panaskan 3 sudu besar butter dan goreng separuh dari bawang besar yang dipotong dadu,.masukkan tepung gandum dan kacau rata.
4- Masukkan ikan,kacau sekejap.Tuang setengah cawan susu,masak diatas api sederhan..Masukkan 1 sudu kecil garam..Masak lebih kurang  5 minit.angkat dan ketepikan.
.5- Dalam mangkuk besar masukkan kentang dan 1/2 labu bawang besar yang dipotong nipis.Tuang susu dan krim kedalam mangkuk.Masukan 1 sudu kecil garam dan lada hitam, dan gaul rata.
6- Dalam mangkuk kaca tahan panas masukkan separuh dari ikan tadi,dan ratakan.Letakkan pula lapisan kentang diikuti lapisan ikan.dan lapisan kentang sekali lagi.Tuangkan semua sos dari campuran kentang tadi..Letakkan sedikit butter dicelah-celah lapisan kentang.
7- Taburkan cheese diatasnya dan bakar dalam oven dengan kepanasan 180c selama 30 minit atau lapisan kentang garing dan perang.























1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info