Mereka yang sudi.......

Tuesday, December 28, 2010

Cucur bilis and breadcrumb

Salam semua.Baru balik dari opis so malas nak masak.Sementara tunggu semua org siap nak gi makan tulis dulu what we have for breakfast today.Cucur ni semesek aja nak buat (semesek tu bahasa org klate maknanya senang banget seh!)hi hi hi.Layar saja ya....nanti dia orang pergi makan tak bawa Puan Ros  lapor la kita nanti...


Bahan-bahannya
2 1/2 cawan tepung gandum
2 cawan air (1 Cawan air suam + 1 cawan air biasa )
5 sudu kecil breadcrumb
1 sudu besar baking powder
1 biji telur
Bawang besar hiris nipis sebanyak yang disukai
Daun bawang sebayak yang disukai
1 keping kiub ikan bilis
1 sudu kecil serbuk kunyit
2 sudu besar butter cair
1 gengam penuh ikan bilis bersaiz kecil
Minyak secukupnya untuk mengoreng


Cara-caranya
1- Bancuhkan 1 cawan air suam dengan kiub pati bilis.ketepikan dan biar sejuk.
2- Dalam mangkuk masukkan gandum,baking powder,serbuk kunyit dan breadcrumb.Campurkan bawang besar,daun bawang dan ikan bilis.Gaul rata.
3- Masukkan air pati ikan bilis dan kacau sebati.Masukkan telur dan kacau lagi.
4- Campurkan butter cair kedalam adunan dan kacau. Masukkan air yang lagi 1 cawan sedikit demi sedikit sehingga mendapat kepekatan adunan yang betul.(air boleh ditambah dan di kurangkan ikut keadaan adunan)
5-Gorenglah cucur dalam minyak yang panas sampai garing.


pagi-pagi dia dah mengadap laptop listening to her favourite korean song called sorry-sorry by super junior.I'm really sorry to hear the song as sorry-sorry sound like shory-shory to me when they sing the song....




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info