Mereka yang sudi.......

Monday, December 6, 2010

Puff Ayam

Salam pagi.Pagi ni kita org semua ceria sebab hari ni my 2nd princess convocation day.So pagi ni kita bangun awal nak buat breakfast dulu.Mula-mula kita mengepau tapi pau kita jadi besepai malu la nak tunjuk.lain kali mengepau lagi..So lebihan inti pau tu kita jadikan inti puff dan inilah hasilnya.....2nd princess dah tengah siap -siap nak pergi tu ,we all will join her later.Tak kuasa nak gi mengurung diri dlm dewan sampai 4 ke 5 jam.So kita tunggu dia kat luar dewan  and proceed to the hotel for makan-makan and photography session aja.Puff ni senang bangat nak buat......


1 keping dada ayam
1/2 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
2 sudu besar kicap pekat manis
1 sudu besar serbuk kari
1/2 sudu kecil serbuk kunyit (tak nak masuk pun tak apa sebab ini inti pau yang diconvert jadi inti puff)
1 sudu kecil garam
2 sudu besar minyak untuk menumis
10 keping pastry puff jenama kawan.
Sedikit fresh milk


Cara memasak
1-Dada ayam direbus dan diracik halus (Saja tak nak guna minced chicken sebab asalnya inti ni untuk pau)
2- Panaskan minyak dan tumis ke2 jenis bawang seketika.Masukkan serbuk kari,serbuk kunyit dan kicap.
3- masukkan isi ayam dan dikacau rata.Masukan garam dan secubit gula.Goreng lagi 3 minit dan boleh lah diangkat dan sejukkan.
4- Masukkan 1 sudu besar inti keatas sekeping kulit pastry dan lipat 2.Klim tepinya mengunakan garpu dan cucuk-cucuk sedikit permukaan atas puff dgn garpu.Sapu susu diatasnya.
5- Bakar pada suhu 170 selama lebih kurang 20 minit atau puff menjadi kuning keemasan.
5- Bakar pada suhu 170 lebih kurang 20 minit atau puff menjadi kuning keemasan.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info