Mereka yang sudi.......

Monday, December 13, 2010

Roti pisang berwalnut


Good morning every one.I love everything with the walnut in it.And this recipe is one of it.It can actually be a roti or a cake. Sometime kalau tak ada walnut Puan Ros ganti dengan choclate chips.Pricess-princess lebih suka yang ni la sebab bercoklat.Today sorry la bonda princess yang nak makan dan walnut ada 1 paket besar dalam grobok kat dapur tu.
cerita pasal princess kat sini nak buat iklan kasut sekejap.School holiday ni kat mana-mana pun ada sale.Kasut-kasut ni dibeli dengan bayar harga asal untuk kasut pertama dan beli kasut kedua dengan  harga 50 sen.macam-macam gimik ya......So jadilah mereka model kasut untuk seketika.Apa-apa pun kita layar resipi roti pisang ni dulu.Roti tu terlebih bakar sebab hana buat hal.tapi rasanya marvelos.........dan krup krap krup krap dalam mulut.jangan takut tak pahit.....sedap.Cubalah buat.
Bahan-bahannya
3 biji pisang berangan
1/2 cawan gula merah + 1/2 cawan gula putih
1/2 cawan fresh milk
4 biji telur
2 cawan  tepung gandum
2 sudu kecil baking soda

2 sudu kecil baking powder
1sudu kecil garam
1 sudu kecil Cinnamon
1 sudu vanila
100 gram walnut dipotong sederhana besar
Cara memasak
1-Pisang dibuang kulit dan dilenyek halus.
2- Campurkan butter dan gula kacau sebati.Masukkan telur ,susu dan vanila kacau lagi hingga semuanya nampak smooth
3-Gandum, garam,baking soda,baking powder dan cinnamon 
 dicampur  terlebih dahulu.
4- Masukkan campuran gandum tadi kedalam bancuhan butter dan kacau sebati.
5-Tabur walnut kedalam bancuhan dan kacau dgn senduk kayu.Tuangkan bancuhan kedalam tray pembakar.
6-Potong bulat dan nipis sebiji pisang dan letakkan diatas adunan tadi sebagai hiasan.Taburkan juga sedikit walnut hancur keatasnya.
7- Bakar dalam suhu 170 selam lebih kurang 25-30 minit (ikut oven masing2).
Iklan kasut......
 kasut ni sebenarnya dibeli sebagai hadiah for the two princess yang dapat dean list untuk exam this semester.So laling hana and their cousin dapatlah juga sorang sepasang sebab bayar 50 sen je satu..
 Model-model berkaki tembam!!!!!!!!!!!! (banyak sangat kasut kat kedai dia orng rambang mata)
nak juga tayang kasut baru dan beg baru sebelum skolah buka.kasut tu bayar 50 sen aja.Beg tu emmmm ...........kurus semangat








No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info