Chai Kueh (Steamed vegetable dumplings)

Salam hari minggu. Mata P.Ros memang tak boleh tengok dimsum atau dumpling tau!. Ternampak Sonia nasi lemak lover tunjuk steamed veg dimsum yang transparent tu..Wah terus pergi kedai beli tepung tang mein yang dah kehabisan stock.
Puas hati dapat makan dumpling ni. Dan 1 adunan ni juga boleh dapat dalam 60 k e 70 biji. Mana yang berbaki boleh simpan dalam frezer dan steam semula bila nak makan.
Satu tip untuk sapa-sapa yang terasa nak mencubanya..sila canai tepung hingga siap dan tutup dengan tuala lembab semasa proses memasukkan fillingnya.
Untuk kulit dumpling ni P.Ros gunakan resepi sama dengan sonia.Cuma intinya P.Ros godek sendiri.Sila ke blog beliau untuk melihat resepi asal ya.Thank you sonia for the recipe.
Bahan-bahan Untuk Kulit Dumpling
* 100 grm tepung Tang Mein (wheat starch)
* 200 grm tepung ubi
* 10 grm gula
* 20 grm minyak masak
* secubit garam
* 450 grm air panas mendidih(masukkan sedikit-sedikit dan kacau, tak payah digunakan semuanya jika adunan sudah menjadi doh).
Cara membuat kulit
1- Campurkan kedua-dua tepung dalam mangkuk.
2- Masukkan garam,gula dan minyak masak kedalam air panas.kacau rata.
3- Tuangkan campuran air panas tadi kedalam mangkuk tepung dan guna sudu untuk mengacau adunan.Kacau tepung hingga menjadi doh dan ketepikan hingga sejuk.(boleh mula menguli doh bila tepung dah tak terlalu panas untuk dipegang).
4- Taburkan tepung ubi(dengan jumlah yang banyak, sebab tepung memang lembik) atas papan canai dan canai doh menjadi nipis dan terap dengan penerap bulat.Pastikan doh disapu banyak tepung ubi bila menerap supaya senang untuk mengambilnya dan tidak melekat bila disusun.Buat la sampai habis.
5- Tutup pinggan kulit dumpling yang dah siap dicanai dengan tuala lembab sebelum menggunakannya supaya ianya tetap lembab dan menyenangkan proses memicit tepinya.


Bahan Inti
* 2 biji carrot diparut
* 1 biji sekuang diparut
* 100 gram udang kering  (rendam air panas dan dicincang halus) boleh ditukar dengan udang basah
* 2 ulas bawang putih
* secubit garam + sekeping pati ayam
*  Serbuk lada putih secukup rasa
* Beberapa titik minyak bijan
* 2 batang daung bawang
Cara memasak
 1- Panaskan sedikit minyak masak, masukkan bahagian bawah daun bawang dan  udang kering.Goreng hingga terbit bau dan masak.
2- Masukkan parutan carrot dan sengkuang,kacau sebati.Masukkan semua bahan lain dan kacau hingga sayur agak layu dan masak.Angkat dan sejukkan.


Cara-cara menyediakan dumpling
1- Ambil sekeping kulit dumpling dan letakkan 1 sudu kecil inti.Temukan kedua-dua belah tepinya dan picit tepinya . Letakkan diatas sekeping daun pisang dan atur didalam bekas.Kukus selama 10 ke 15 minit. 
2- Taburkan minyak bawang putih sebelum dihidangkan.
3- Dumpling juga boleh dihidang dengan sos pilihan masing-masing.

*P.Ros potong halus4 biji bawang putih dan dicampurkan dngan 1/2 mangkuk kecil minyak masak.Masukkan kedalam microwave selama 2 minit.
* Untuk sos pula P.Ros campurkan 4 sudu besar sos cili dan 5 sudu besar sos tiram dicampur dengan 1 sudu gula dan beberapa titis minyak bijan.Masukkan 1/2 cawan air panas dan panaskan sekejap diatas api.(air dimasukkan sedikit-sedikit supaya sos tidak terlalu cair)


                                                               happy cooking

Comments

  1. kak Ros.. wahhhhhhhhh
    pasti puas layan chai kueh dr tangan sendiri..

    ayu kan, mmg srunder,, bab2 makanan cina nie fail habis, thanks tau syer resepi, lagilah syer mcmana nak biar kulit tu lembab dan lembut selalu, dapat petua nie y ayu suka.. hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam ayu..ini la kelebihan berblog kan ayu..kita boleh belajar dari satu sama lain.

      Delete
  2. salam kak Ros...dh lamanya sy cr resepi ni...tringin sgt nk buat...terima kasih ye...kulit ni sama tak ngan wantan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Umi.Dumpling tak sama dgn wantan.Wantan digoreng atau buat sup.Tapi dimpling dikukus dan yang ni memang jenis transparent. Cuba ya.Udang kering tu boleh tukar dgn udang basah jika mahu.

      Delete
  3. Alahai terliur Nur bila tengok dumplings ni.. Nampak sedap sangat.. :)

    ReplyDelete
  4. saya yang gyoza tu tak jadi2 lagu, akak dah buat yang ni pulak... aishh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha cheq sue..nak buat macamana dah hari-hari kena masak....

      Delete
  5. ~ tergoda lg tgk dumpling akak nii..bila lah nk try btnya :-)

    ReplyDelete
  6. mmg tergoda tgk...nanti nk ajak adik buat sama2.....br ngam soiii....tq atas perkongsian

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Khairiah,buat ramai2 dan makan sama-sama mesti seronokkan??

      Delete
  7. askm pn ros...la teringat kat dumpling yang nekcik buat tak mnjadi dulu...da lama teringin nak makan...insyaallah nnti nekcik cuba lagi!!thanks for sharing the receipe ye Ros

    ReplyDelete
  8. Salam nekcik.cuba buat ikut resepi ni.Pasti jadi.Ikut je resepinya yang senang tu.Kalau dekat boleh ros tunjukkan nekcik cara membuatnya.

    ReplyDelete
  9. Puan Ros, so happy you like this Chai Kueh, we love it too. Thanks for trying out and mention in your blog. By the way, where did you buy the Tang Mein flour? Because some of my readers don't know where to buy this flour.

    ReplyDelete
  10. Hai Sonia. The whole family love it.I bought the Tang Mein flour in one of Chinese provision shop near my place at Putra heights Subang jaya.Thanks again for the recipe ya.

    ReplyDelete
  11. Puan Ros, Boleh tak kalau x guna Tang Mein flour? dengan tepung apa kita patut ganti?

    ReplyDelete
  12. Dear anonymous, sorry ..untuk buat dumpling tu memang nak kena guna tepung Tang Mein.Kalau tak dia tak jadi transparent.Dia jadi dumpling biasa saja.You tinggal mana?? kalau dekat2 subang kak ros boleh tolong belikan dan kita boleh jumpa kat mana-mana.

    ReplyDelete
  13. hehehe...jauh tempat sy ni...sy kat penang...tp minat masakan cina...pengaruh AFC ler ni...nk cuba tp xkan nk bli kat restoren cina...

    ReplyDelete
    Replies
    1. cari dekat kedai bakery,..mesti ada...kalo kat tempt saya 2ply..saya duk selangor...

      Delete
  14. salam,
    puan ros terima kasih sgt sbb share resepi ni, sy suka makan dumpling tp sblm ni cuma buat dumpling wantan ready make jer. tp bile tgk resepi puan ros, sy tak sabar nk mencubanya. intinya mmg sedap cuma sy ade masalah pada doh nya, adunan sy cair dan likat xboleh diuli.. sedih sgt, semua bahan sy timbang tepat.

    ~sue~

    ReplyDelete
  15. Sedapnya, if ada kesempatan saya nak cuba buat. Thanks for sharing kak...

    ReplyDelete
  16. Bagi saya menggunakan tepung beras lebih baik dari menggunakan tepung ubi....menggunakan tepung ubi membuatkan kuih menjadi lekat dan lutsinar.....kurang memuaskan....

    ReplyDelete
  17. Salam kak ros....cmne rupe tepung tang mein tu...xpernah dga

    ReplyDelete
  18. salam nara tepung tu nampak sama je macam tepung gandum, kena pergi kedai runcit cina baru ada jual. sesetengah kedai bahan kek pun ada jual. kena tanya dia orang ya.Yapi kalau kedai runcit cina biasanya memang ada.

    ReplyDelete
  19. Salam kak ros. Boleh x kalau kt ganti tpung ubi dgn tpung beras? Sukatan nya msh sm ke x?

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum, kak... Terima kaseh share resepi ye... Sy copy ye kak... Terima kaseh.

    ReplyDelete
  21. salam kak.. sekeping pati ayam tu mcm mana ya

    ReplyDelete
  22. salam puan..mintak copy resepi ya.terima kasih.semoga murah rezeki puan :)

    ReplyDelete
  23. Salam sis, saya dah cuba resepi yang sis bagi ni. Menjadik. tq sis..

    http://luarteko.blogspot.my/2015/09/resepi-chai-kueh.html

    ReplyDelete
  24. salam sis, kalau buat banyak2 pastu di frozen boleh ke sis?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts