Mereka yang sudi.......

Thursday, May 23, 2013

Roti Labu



Salam untuk semua. Dah seminggu dok berangan nak buat roti. Teringan nak makan roti yang dibuat sendiri sebab dah agak lama nak buat roti. Kebetulan ada sekeping labu yang dibeli semalam. Terus cari resepi labu dan terjumpa beberapa jenis resepi.Tapi P.Ros tertarik dengan resepi diblog MasDuniaku sebab mengunakan air sejuk dari peti ais untuk menguli roti.Biasanya air suam yang digunakan untuk membacuh yis kan.

Adunan yang P.Ros buat agak lembik sedikit mungkin sebab telur bersaiz besar, tapi senang je tambahkan sedikit gandum dan uli hingga lembut. Puan Ros juga sapukan sedikit minyak zaitun diatas tray sebelum diletakkan adunan roti yang telah dibulatkan.
Intinya juga tidak dibuat kerana malas. maka P.Ros taburkan je sedikit gula diatasnya. Terima kasih Mas  dan Izah untuk resepinya. P.Ros copy paste kat sini ya.



Roti Labu
Resepi asal : Lemariresep
Sumber : MasDuniaku

Bahan :
  • 300 gr tepung roti
  • 100 gr tepung gandum
  • 100 gr labu, kukus, haluskan
  • 15 gr susu tepung
  • 2 butir telur
  • 75 gr gula pasir
  • 2 sdt yis segera
  • 77 gr margarine
  • 1 sdt garam
  • 100 ml air sejuk dari peti sejuk


Bahan olesan:
  • 1 biji kuning telur dan 50 ml susu cair, campur rata
  •  Izah guna madu campur susu segar.
  • Mas guna madu + susu segar + sedikit kuning telur
  • P.Ros sapu telur kuning sahaja.
Cara membuat bun :
  1. Campur tepung, gula, susu, labu, yis, aduk rata, ketepikan.
  2. Tambahkan telur dan air sejuk sedikit demi sedikit, uli hingga jadi doh.
  3. Tambahkan marjerin, uli hingga elastis, diamkan 30 menit.
  4. Tumbuk2 sedikit adunana dan  timbang 50 gr setiap sebiji dan susun dalam tray diamkan 10 minit. 
  5. Sapu bancuhan telur diatasnya dan tabur sedikit gula putih.
  6. Bakar dengan190 C selama 12 minit atau roti kelihatam masak dan keperangan

                                                            happy cooking 

Monday, May 20, 2013

Wantan Fishball

Salam untuk semua. dah beberapa hari tak update blog. Kesuntukan masa dan rasa malas membuatkan blog sunyi beberapa hari,
Petang ni buat hidangan minum petang yamg amat sempoi tapi sedap dijadikan kudapan.Resepi asal dari  Wind of change blog.

 Masa mula-mula tengok Ros buat terus berkenan, Tapi hari ni baru berkesempatan membuatnya. Kebetulan tengahri tadi ke Mydin terus beli fishball ikan parang yang nampak sangat fresh,Kulit wantan pula dah ada dalam peri ais so menjadi la membuatnya hari ni.

Bahan-bahannya:
* 24 ketul bebola ikan parang 
* 24 keping kulit wantan bentuk bulat
* Minyak masak secukupnya untuk goreng terendam
* Timun dan tomato untuk hiasan dan juga dijadikan hidangan sampingan
* cili sos/Thai cili sos


Cara memasak
1- Basuh bersih bebola ikan dan rendam kan dalam air panas selama lebih kurang 10 minit.Toskan airnya.
2- Ambil sekeping kulit wantan dan sapu sedikit air disekelilingnya . Letakkan 1 biji bebola ikan dan bungkus bebola ikan dengan kemas.
3- Panaskan mibyak masak secukupnya dan goreng wantan hingga garing.Siap untuk dihidangkan bersama timun dan cili sos.

                                                                     happy cooking 

Monday, May 13, 2013

Cerita hari ibu dan muka bengkak untuk kenangan

Gigi mula terasa sakit pada pagi sabtu. Anak laki2 pula dah rancang nak blanja burger bakar abang Burn yang agak mashurrr tu pada malamnya. So masing-masing dah cakap "mama jangan buat hal kita nak bawa makan burger malam ni.", sibapa pula menyampuk.."papa ada painkiller dan antibiotic..boleh share!!!."
Lalu ditelan painkiller dan antibiotic  tengahari dan malamnya . Dapat la enjoy makan burger abang burn tu.....
                         Anak-anak dan anak buah enjoy nak makan burger bakar abang burn

Sebelum tidur ada lagi pesanan penaja.." Mama pagi esok we are taking you to McD for breakfast..." oh ya Mother's Day tak payah la diri ni nak bangun pagi2 susah-susah masak sarapan  untuk semua orangkan??? . Yahoooo!!!!!


Tapi dalam pukul 3 ke 4 pagi bahagian bibir terasa lain macam je...terus bangun dan tengok cermin...adoiii mak... kenapa ada wajah planet of the Ape pula dalam cermin tu????
Masaalah... rupanya muka dah bengkak terutama bahagian bibir..hari ibu dapat hadiah bibir Angelina Jolie beb!!!tak sukanya hadiah ni..Akhirnya terpaksa keklinik dan tak jadi sarapan kat McD..hukkhukk.Kata doktor muka bengkak sebab alergic painkiller atau antibiotic yang diambil malam tadi...huhuhu...
 Rupanya sebelah petangnya masih ada surprise...anak-anak dah rancang buat simple party untuk kami anak beranak. Terhibur juga hati ni. Terima kasih duhai anak-anak ku sayang.Siapa lah mama tampa kamu semua.



                                                   Sengaja ditutup muka sebab malu....


 Tapi akhirnya terpaksa akur dgn desakan anak-anak nak ambil gambar buat kenangan mama yang bermuka bengkak!!!!!hukkk..hukkk...


Terima kasih anak-anak ku


Wednesday, May 8, 2013

Baked Beef Tortilla


Salam untuk semua.
Dua minggu lepas P.Ros ke Summit Shopping complex USJ subang. Jumpa pula sarang tortilla ni dan rasa sungguh berkenan.
Teringat Tortilla bakar yang dimakan di Paddington House of Pancake tidak lama dulu.So hati berangan nak beli sarang dan cuba buat sendiri. Dan ini lah hasilnya. Untuk resepi kali ni P.Ros guna je apa yang ada dalam peti ais.
Bahan-bahannya
* 2 keping tortilla
* 200 grm daging hancur
* sehiris potongan bawang besar yang dipotong dadu
* 1/2 biji letuce dipotong halus
* cheezy sauce dan mayonis

Cara-cara
1- Panaskan sedikit minyak masak dan goreng bawang besar hingga layu
2- Masukkan daging hancur dan kacau daging hingga masak dan airnya kering.Masukkan 1 sudu besar tomato puree.
3- Masukkan pula sedikit serbuk pati ayam dan serbuk lada hitam.Tambah sedikit garam jika perlu.Siap untuk diangkat dan biarkan ia sejuk sedikit..
4- Panaskan oven dengan suhu 170 C dan masukkan tortilla kedalam acuan, Bakar tortilla selama lebih kurang 15 minit atau tepi tortilla kelihatan garing.keluarkan dari oven dan ketepikan hingga tortilla sedikit sejuk.
5- Setelah tortilla sejuk, masukkan potongan daun letuce. letakkan pula daging yang digoreng tadi .Tambahkan sedikit lagi daun letuce diatasnya. Boleh juga ditabur dengan potongan bawang besar dan potongan buah tomato yang telah dibuang bijinya.
Picit cheezy sos ( yang digunakan untuk cheezy wedges) dan mayonis diatasnya. Siap untuk dihidang.


  happy cooking 

Tuesday, May 7, 2013

chewy chocolate chips

Salam untuk semua.
ChocChips cookies yang dibuar hari minggu lepas.Boleh tahan sedapnya tapi agak manis sedikit. Bagi yang tak suka manis sangat boleh la kurangkan gula putihnya.
Bagi yang suka manis macam P.Ros boleh lah mengunyah ni sambil minum secawan teh tampa gula..nyaman...




Resepinya dikopi and paste dari blog mat salleh semasa merayau-rayau  kedapur mereka minggu lepas. Dah siap copy paste lupa pula copy linknya..memang nak kena marah la ni...

 300g ............................ All purpose flour
1/2 tsp .......................... Baking soda
1/2 tsp .......................... Salt
170g ............................... Unsalted butter, melted and cooled until slightly warm
180g ............................... Brown sugar
90g ................................. Granulated sugar
1 ..................................... Egg
1 ..................................... Egg yolk
2tsp ............................... Vanilla extract
150g .............................. Dark chocolate chunks, I use Cacao berry 64%
50g ................................ Chocolate chips





Preheat the oven to 180°C
Sift the flour with baking soda and salt, set aside.
Line the sheet pans with baking paper. 
Whisk together the melted butter and two kinds of sugar until fully combine.
Stir in the egg, egg yolk and vanilla.
Pour the flour mixture into the bowl and stir until combine.
Fold the chocolate chips and chocolate chunks into the batter.
Scoop onto the prepared sheet pans.
Bake for 15-18 minutes or until the edge start to harden and the center is puff.
Let it cool completely on the baking sheet.





  happy cooking 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info