Pandan Gula Melaka Cinnamon Rolls

 

Rasa nak buat kemunculan secara tiba tiba setelah begitu lama tak buka blog masakan ni.Cuma dok update blog tadika je.. Hari ni bangun pagi rasa nak makan cinnamon rolls pandan. Terus suruh hubby potong 10 helai daun pandan. Alhamdulillah lembut dan sedap kejadiannya. Wangi daun pandan harum satu rumah. Kita guna bread maker je hari ni, nak uli dengan tangan pun boleh je. Kita juga mengunakan syrup gula melaka yang telah siap didalam botol yang dibeli di Jaya grocer. Manisnya secukup rasa.

Bahan-bahannya

1- 10 helai daun pandan di blend dengan3/4 cawan air. Perah dan ambil jusnya.

2- 1/4 cawan minyak masak

3- 1/4 cawan gula

4- 1 biji telur dicampur  1 biji kuning telur

5- 3/4 sudu kecil garam

6- 2 1/2 sudu yis mauripan

5- 4 cawan tepung roti

Masukkan semua bahan cecair dan diikuti tepung roti, garam,,gula dan yis kedalam brade maker. Tekan button knead,tunggu sehingga siap (untuk ni kita tekan 2 kali,bila button knead pusingan pertama brenti kita tekan lagi sekali menjadikan nya kneading selama 16 minit.). Dan biasanya kita tak keluarkan roti dari basket dan biarkan adunan mengambang dalam tu sekali ganda.

Selepas adunan mengembang sekali ganda ,taburkan gandum diatas meja dan keluarkan adunan dari basket tadi .tabur sedikit gandum atas adunan dan roller pin. Roll adunan menjadi bentuk segi 4 tepat.    tidak terlalu tebal dan tidak terlalu nipis.Lembutkan butter dalam 4 sudu besar dan sapu rata diatas adunan tadi.Taburkan semangkuk gula melaka halus yang telah dicampur 2 sudu serbuk kayu manis. tabur sehingga rata seluruh permukaan adunan yang telah disapu butter tadi.Gulung dgn kemas dan potong sama besar saiznya.Perapkan sekali lagi dlm 30 minit atau sehingga roti dah mengembang .

Sapu butter pada loyong dan atur adunan roti yang sudah dipotong tadi.Bakar selama lebih kurang 20 minit. semasa roti dibakar, campurkan 100gm cream cheese ,1/2 cawan  gula icing dan 40 grm butter. kacau sebati. Bila roti dah siap, sejukkan dlm 5 minit dan sapukan cream cheese tadi diatasnya. boleh las dititiskan syrup gula melaka keatas roti yang telah disapu cream cheese tadi semasa menghidangnya.

Selamat mencuba. Lamanya tak tulis resepi. Terasa kekok pulak.




Comments

  1. Hai Puan Ros!
    Tiba-tiba muncul setelah menyepi sekian lama.
    Jom meriah-meriahkan lagi dunia masakan.

    ReplyDelete
  2. hai Amie..hihihi rasa macam baru keluar gua. Malasnya nak menulis resepi tau..Kat fb tunjuk gambar je .tak payah tulis resepi. haha. Amie sihat? Daus pun dah besar kan?.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts