Mereka yang sudi.......

Monday, December 14, 2015

Madeleines

Salam untuk semua. Petang2 cuti sekolah ni pasti ada saja yang dirasa nak makan. Macam madeleines atau french butter cake ni, dah lama nak buat tapi asyik tak jadi je. Asyik belek sarang tapi buatnya tidak..hari ni nekad nak buat dan akhirnya...tara...
Bahan-bahannya
1- 1/2 cawan gandum
2- 1/3 cawan gula
3- 1/4 cawan butter
4- 2 biji telur
5- 1 sudu kecil parutan kulit limau
6- sedikit perisa vanila dan secubit garam
Cara-caranya
1- Cairkan butter dan sejukkan
2- Dalam mangkuk masukkan telur, garam, vanila dan gula.
Pukul laju hingga kembang dan sedikit pekat.Masukkan pula butter dan pukul sebentar lagi.
3- Masukkan separuh tepung gandum dan kaub balikkan perlahan2 dan selepas itu masukkan kesemua tepung gandum dan kaub balikkan dan masukkan pula parutan kulit lemon hingga bahan sebati.
4- Sapu butter pada sarang madeleines dan taburkan tepung gandum dan ketuk2 sedikit untuk mengeluarkan lebihan tepung gandum.
5- Masukkan 11/2 sudu besar adunan madeleines tadi kedalam sarang.
6- Bakar selama 15 minit atau madeleines kelihatan perang dalam oven yang telah dipanaskan dgn suhu 170.
7- Boleh ditabur gula icing , dicelup chocolate sebelum dihidang atau makan begitu saja ditemani teh hijau..

Thursday, December 3, 2015

Roti Gulung Chicken Meatloaf

Salam untuk semua.Resepi paling sempoi untuk sarapan atau minum petang.Hanya perlukan 3 bahan je.

Bahan
* 6 keping roti Gardenia
* 6 keping chicken meatloaf
* Sedikit mayonise
* 12 batang penculik gigi

Cara- caranya
1- Roti digelek nipis dan dipotong dua
2 - Chicken meatloaf digoreng tampa minyak sekejap dan dipotong 2
3 - Sapukan mayonise pada roti dan letak sekeping chicken meatloaf diatasnya
4 - Gulung roti dengan kemas dan cucuk dgn pencungkil gigi
5- panaskan oven dgn suhu 170 c dan bakar roti hingga kelihatan  perang selama lebeh kurang10 minit.
Hidangkan semasa panas - panas.

Thursday, November 5, 2015

Broccoli chicken pot pie

Salam untuk semua.
Broccoli chicken pie ni  memang sedap dan tak susah membuatnya. Kebetulan semua bahan dah ada dlm peti ais so terus jadi.Inti nya yg creamy dan bahagian atas yang garing buat hubby berkata walaaa...sedapnya.
Bahan-bahannya
1 ketul atau 1 bungkus bunga kubis dipotong kecil
1 1/2 keping dada ayam dipotong dadu
10 batang baby carrot (saiz kecil dlm packet) dipotong 2 atau 3
1/2 bji bawang besar dipotong kasar
2 ulas bawang putih
10 keping cendawan
1 keping pati ayam
1 cawan whipping cream
2 sudu besar butter
3 sudu kecil tepung gandum
Sedikit air
2 sudu besar cream cheese
6 keping puff pastry jenama kawan (saiz kecil) boleh gunakan sekeping yang besar jika suka)
Cara memasak
1- Panaskan dalam 3 sudu minyak masak dan tumis bawang putih yang dipotong halus.
2- Masukkan daging ayam dan kacau hingga isi ayam bertukar putih.
Masukkan pula bawang besar dan sayur-sayuran dan kacau rata.
3- Masukkan cream kacau, lagi. Tambah sedikit air dan kacau rata.
4- Masukkan butter  dan cream chese ,kacau sebentar, tambah pati ayam.
5- .Tabur 3 sudu gandum dan kacau sebati dan tambah sedikit serbuk lada gitam dan sedikit garam mengikut cita rasa masing- masing.Tutup api dan angkat biarkan sejuk dalam 5 minit.
6 Masukkan inti pie kedalam dulang pembakar dan ratakan. Susun puff pastry diatasnya. Tebuk lubang kecik mengunakan pisau diatas pastry dan sapu telur atau susu diatasnya.
7- Bakar dgn suhu 200 c hingga kulit pastry kelihatan perang.
*Intinya mesti agak lemak verkrim semasa memasak, tambahkan cream atau air jika ianya agak kering ya.

Sunday, October 11, 2015

Sup bebola daging

Salam untuk semua.
Resepi yang sangat ringkas dan cepat untuk dimasak. Untuk yang suka makan nasi dgn kuah, ini salah satu dari resepi berkuah, yang tak pandai masak pun boleh buat. Dan tentunya resepi ni untuk reference anak2 yang baru nak belajar masak untuk suami.
Bahan-bahan untuk bebola
1- 1 paket daging hancur jenama Ramly burger
2-  1/2 biji bawang besar potong dadu size kecil
3- 2 helai daun paslidipotong halus
4- 1 biji telur
5-11/2 sudu besar tepung jagung atau tepung ubi
6- Garam gula secukup rasa
7- beberapa titik minyak bijan
8- sedikit lada putih atau lafda hitam
Campurkan kesemua bahan dan perapkan dalam 15 minit
Bahan untuk sup
1- 1/2 batang leek
2- 2 ulas bawang putih
3- 1/2 inci halia
4- 1/3 biji bawang besar potong nipis
5- 1 keping chicken stock
6- sudu besar minyak masak
7- 4 cawan air atau (lebih kurang la ya)
Cara-cara memasak
1- panaskan minyak masak, tumis bawang putih, bawang besar dan leek yang dipotong halus.Masak hingga layu.
2- Masukkan air kedalam periuk diikuti chicken stock dan garam secukup rasa.
3- Bila air sudah mula mendidih , masukkan bebola daging yang telah dikepal bulat (saiz ikut suka masing2). Masak hingga mendidih
4. Taburkan sedikit daun bawang sebelum dihidang bersama nasi panas.

Thursday, October 8, 2015

Rose Apple Bakar

Salam untuk semua.
Baked apple roses video ni rasanya semua orang pun dah tengok memang tertarik dan menarik untuk membuatnya.Lebih2 lagi bahan yang digunakan pun senang dan cuma 4 bahan asas je yg diperlukan.
So resepi dari che google ni amat mudah untuk dibuat.Makanya resepi dan cara membuatnya harus lah disiimpan disini untuk rujukan kemudian hari.
Bahan- bahannya
1- 2 biji apple merah
2- 2 keping puff pastry jena pampas sebab saiznya besar
3- Jam aprikot atau apa2 jenis jam yang disukai( rasa masam2 sikit lebih bagus).
4- Serbuk kayu manis secukupnya
Cara membuatnya
1- Setiap biji apple dibelah 2 dan buang bahagian tengahnya yang keras
2- Apple di potong nipis dan masukkan kedalam mangkuk bersama perahan 1/2 biji lemon.Masak dlm micro wave selama 3 minit.
3- Ambil sekeping puff pastry, taburkan sedikit gamdum dan dicanai
sedikit.
4- potong pastry kepada 4 bahagian.
5- Sapukan jam di bahagian tengah pastry dan atur epal dibahagian atas pastry dan taburkan sedikit cinnamon.
6- . lipat bahagian  bawah pastry dan gulung menjadi bentuk bunga ros.
7- panaskan oven dgn kepanasasn 160 dan bakar puff apple selama lebih kurang 35 ke 40 minit.
Nota: untuk cara2 nya bolehh la refer gambar yang tak seberapa ni.
Atau kalau nak yg original , search video baked apple rosec
Selamat menvuba ya.

Wednesday, October 7, 2015

Bebola Nasi Ayam


Salam untuk semua.
Selain sushi rice ball menjadi makanan kegemaran Hana. Dan cara membuatnya juga paling senang serta intinya boleh dipelbagaikan mengikut selera. Ayam, daging, sambal bilis dan sebagainya. Boleh cuba jika suka ya.
Bahan inti
3 keping chicken fillet potong halus
1/2 biji bawang besar potong dadu
1ulas bawang putih dipotong halus
2 sudu besar sos tiram dan kicap manis
2 batang daun bawang
1 sudu sos lea and Perins
Beberapa titik minyak bijan
Garam secukup rasa.
1- Panaskan 2 sudu minyak makan dan tumis kedua jenis bawang.
2- Masukkan ayam dan kacau.
3- Masukkan semua sos dan garam dan potongan daun bawang.
4- Angkat dan sejukkan.
Untuk nasi
2 cawan beras sushi- jenama sumo( cawan periuk letrik)
4 sudu cuka makan
1 1/2 sudu besar gula
(biasanya Jusco ada jual cuka sushi halal, kadang2 takde so buat la sendiri)
1- Basuh beras dan  masukkan dalam 2 1/2 cawan air.
Masak nasi macam biasa.
Bila nasi sudah masak sejukkan sedikit dan curah campuran cuka dan gula, gaul rata.
2 - Masukkan air dalam mangkuk dan campurkan beberapa titik minyak masak. Celup tangan dgn air dan ambil sekepal nasi(suka hati la besar mana kepalnya ya). .
3- Leperkan nasi ditapak tangan dan masukkan inti. Kepal nasi hingga menjadi sebiji bola. Buat la sampai habis.
4- Ramas sekeping seaweed hingga hancur dan campurkan dengan sedikit bijan dan secubit garam.
5- Golek rice ball dalam campuran seaweed tadi. Siap untuk dimakan.
Note: Inti boleh di pelbagaikan mengikut selera.
            Campuran seaweed boleh beli yang dah siap dan ada dijual di supermarket..
.

Tuesday, October 6, 2015

Nasi daging kabsa dan lemon

Salam untuk semua.
Lamanya tak masak nasi daging....nampak orang masak sana sini , hari ni teringin nak buat. Malangnya bahan- bahannya tak lengkap tapi kalau memang dah tukang masak kaki campak2, maka dicampakkan je apa yang ada kedalam rice cooker.Kebetulan pula ada acar dan sambal dlm peti sejuk so boleh dikira cukup syarat la untuk dihidang.
Bahan-bahannya
1- 2 paket daging yang telah dipotong kiub(lebih kurang 500 ke 600 gr)
2- 3 biji bawang putih
3- 1/2 biji bawang besar
4- 2 sudu besar rempah kabsa
Basuh bersih daging dan masukkan kedalam periuk bersama 7 cawan air, rempah kabsa, hirisan bawang putih dan bawang besar serta sekeping kiub ayam.
Masak sup daging hingga daging agak empuk.
Bahan untuk nasi
1- 5 cawan beras( cawan nasi periuk letrik)
2- 1 batang kulit kayu manis, 1 biji bunga lawang
3- 1 biji bawang besar di hiris nipis
4- 4 sudu besar minyak masak
5- 3 sudu besar tomato sos
6- 3 keping potongan buah lemon
7- garam secukup rasa
Cara memasak nasi
1- Panaskan minyak masak dalam periuk letrik dan tumis kayu manis, bunga lawang dan bawang hingga layu dan terbit bau.
2- Tambah cili sos dan kacau sebentar.
3- Masukkan beras yang telah dibasuh dan ditoskan. Kacau rata.
4- Masukkan daging bersama sup dan bawang yang ada dlm sup.
(agak2 la airnya kalau banyak tak payah habiskan sup tu dan boleh dihidang bersama nasi).
5- Campurkan garam secukup rasa dan potongan lemon.
6- Masak nasi hingga mendidih, buka periuk dan kacau sedikit dan sambung masak hingga nasi masak.
Boleh dihidang bersama sambal dan acar.

Sunday, September 27, 2015

Cream Creakers Vege Muffin

Assalam, hari akhir cuti sekolah dgn keadaan jerebu yang teruk..so stay indoor, masak dan makan. Muffin vege yang mengunakan  biskut cream crackers sedap untuk dimakan anytime of the day.
Bahan-bahannya
* 15 keping biskut cream creackers
* 1 cawan susu segar
* 5 biji telur saiz kecil
* 1 cawan parutan atau lebih cheese moza
* Secubit garam dan 1/2 keping chicken kiub
* Parutan 1/2 biji carrot
* Parutan 1/2 biji bawang besar
*1/2 biji brokoli dipotong kecil
* 1 sudu besar olive oil
Cara- caranya
1- Masukkan susu dan telur kedalam mangkuk dan kacau sedikit.
2- Patah-patahkan biskut dan masukkan kedalam bancuhan susu dan ramas- ramas sedikit.
3- Perah keluar sedikit air dari  carrot dan bawang dan campurkan kedalam bancuhan biskut tadi.
4- Masukkan semua bahan lain dan kacau rata.
5- Masukkan adunan kedalam muffin pan dan bakar hingga muffin kuning keemasan atau bertukar perang.( Pn.Ros gunaka electric trio cupcakes maker).
Siap untuk dihidang bersama cili sos.
Nota: boleh letak sedikit cheese diatas adunan sebelum dibakar jika suka.

Tuesday, September 22, 2015

Pudding roti burger durian


Salam cuti sekolah, banyak masa akan dihabiskan didapur dan kita mulakan dengan yang manis2 ya. Masih berbaki empat biji roti burger yang berbijan diatasnya. Rori kosong begitu takde sapa nak makan harus difikirkan sesuatu sebelum roti berkulat. Puding rori perisa durian dan berbijan didalamnya...
Bahan-bahanya
- 4 biji roti burger (ada bijan diatasnya)
- 1 cawan susu
- 3 biji telur saiz besar
- 3 sudu besar gula( tambah jika nak lebih manis, roti burger juga ada rasa manis).
- 3 sudu besar isi durian atau lebih
- secubit garam
Cara-caranya
1- Masukkan susu, telur dan gula dan garam dalam mangkuk dan pukul hingga sebati.
2 - Campurkan isi durian dan pukul sebentar.
3 - Potong roti menjadi potongan kecil dan masukkan kedalam bancuhan telur tadi. Pastikan semua bahagian roti terendam dalam bancuhan telur.
4 - Sediakan dulang untuk membakar, sapukan sedikit butter dan tuang adunan kadalamnya.
5 - Taburkan dgn potongan kecil beberapa keping butter diatas permukaan adunan.
6 - Bakar dalam oven bersuhu 180 dlm 20 minit atau hingga pudding kelihatan garing dan kuning keemasan.

Saturday, August 22, 2015

Apam Mentega Roses

Salam untuk semua.
Apam mentega yang sangat sedap dan senang dibuat.
Resepi asal dari Ida Osman yang dibuat oleh Evelyn Gemina dari mybakinworkshop.
Kebetulan Pn Ros ada beli sarang silicon bentuk roses, terlintas pula dihati nak cuba buat apam warna rose merah dan hasilnya sangat cantik.
Bahan A
125 grm air
80grm gula
80 grm butter
3 titik pewarna merah( ini Pn.Rose tambah sendiri).
Bahan B
70 grm gula
140 grm tepung gandum
2 biji telur
135 grm susu segar
1 sufu kcik baking powder( sudu KFC)
Cara-caranya
1- Campukan air, gula dan pewarna dan masak hingga mendidih
2- Masukkan butter dan kacau, matikan api dan kacau hingga butter cair seluruhnya dan biarkan sejuk sebentar.
3- Pukul telur dan gula hingga kembang, masukkan air gula tadi dan pukul lagi.
4- Masukkan tepung gandum yang telah dicampur serbuk penaik dan dab pukul rata, selang selikan dgn susu.pukul sampai tepung gandum dan susu habis.
5-Masukkan kedalam apa2 acuan pilihan dlm 3/4 penuh dan kukus selama 10ke 15 minit betgantung pada saiz bekas .

Monday, July 27, 2015

Cerita raya dan lemang pulut kuning

Assalam semua..
Sekali sekala bila teRasa rajin nak menulis...
Kali ini crita raya dan lemang express yang dibuat sendiri. Pn Ros memilih untuk membuatnya warna kuning ,saja nak lari dari the norm..
Tetap sedap dimakan bersama rendang.
Idea datang bila terpandang bekas sushi di atas almari. Sushi dan lemang yang mempunyai bentuk yang sama, hati terdetik apa salahnya mencuba.
Maka terhasil lah lemang pulut kuning dipagi raya. Suka tengok tetamu yang berbilang bangsa seronok menjamu selera.
Bahan-bahannya
* 5 cawan rice cooker beras pulut
* lebih kurang 2 kotak kecil santan ayam brand ( bukan trim ya)
* garam secukup rasa
* 4 keping daun pisang
* 4 keping aluminium foil
* tikar gulung sushi dan sushi maker ( ada jual didaiso atau 5 dollar shop)
Cara-caranya
1- Rendam beras pulut dengan 1 sudu kecil serbuk kunyit dan setitik pewarna kuning selama 3 ke 4 jam.
2- Campurkan santan dan garam dan masak dalam microwave selama lebih kurang seminit dan santan nanpak mendidih dan biarkan sejuk.
3- Pulut yang direndam di toskan air dan dikukus sehingga separuh masak( kukusan keluar wap).
4- Angkat pulut, masukkan dalam mangkuk besar dan siram santan sedikit demi sedikit sambil dikacau ( orang kelantan panggil arung).Kacau santan dan pulut hingga sebati dan agak licin .
5- Kukus pulut untuk kali ke dua hingga betul- betul masak.
Angkat dan arungkan sekejap biar semuanya rata dan sejukkan sebentar.
6-Masukkan pulut kedalam sushi maker ( jangan sampai penuh sangat.Tekan hingga kemas.
7- Letak sekeping foil diatas tikar sushi dan sekeping daun pisang diatas aluminium foil.
8- Terbalikkan bekas shushi diatas daun pisang dan gulung pulut kemas-kemas. Lipat kedua- dua hujung hingga kemas.
9- Bakar dalam oven atau dlm kuali ajaib.
Lemang ni boleh di buat awal dan difrozen kan. Keluar kan dari peti ais. Biarkan seketika dan bakar semula sebelum dihidangkan.
** tengok cara- caranya membuatnya dalam gambar atau video dlm facebook . Roslina Ibrahim.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info