Mereka yang sudi.......

Sunday, September 27, 2015

Cream Creakers Vege Muffin

Assalam, hari akhir cuti sekolah dgn keadaan jerebu yang teruk..so stay indoor, masak dan makan. Muffin vege yang mengunakan  biskut cream crackers sedap untuk dimakan anytime of the day.
Bahan-bahannya
* 15 keping biskut cream creackers
* 1 cawan susu segar
* 5 biji telur saiz kecil
* 1 cawan parutan atau lebih cheese moza
* Secubit garam dan 1/2 keping chicken kiub
* Parutan 1/2 biji carrot
* Parutan 1/2 biji bawang besar
*1/2 biji brokoli dipotong kecil
* 1 sudu besar olive oil
Cara- caranya
1- Masukkan susu dan telur kedalam mangkuk dan kacau sedikit.
2- Patah-patahkan biskut dan masukkan kedalam bancuhan susu dan ramas- ramas sedikit.
3- Perah keluar sedikit air dari  carrot dan bawang dan campurkan kedalam bancuhan biskut tadi.
4- Masukkan semua bahan lain dan kacau rata.
5- Masukkan adunan kedalam muffin pan dan bakar hingga muffin kuning keemasan atau bertukar perang.( Pn.Ros gunaka electric trio cupcakes maker).
Siap untuk dihidang bersama cili sos.
Nota: boleh letak sedikit cheese diatas adunan sebelum dibakar jika suka.

2 comments:

  1. adusss malam2 tnegok ni muffin vege memang terliur ni PR nak tukar channel lah heheee

    ReplyDelete
  2. terasa mcm sedap jer..tapi yg lebih terlior tengok muffin electric baker tu. .u...hu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info