Mereka yang sudi.......

Friday, December 19, 2014

Okonomiyaki

Salam.
Okonomiyaki....lempeng jepun yang dikenali sebagai  Japanese pancake. Tapi kat Jusco di letak label Japanese pizza.
Semalam kesana dan Hana beli sekeping okonomiyaki ni dan makan tak cukup..kesian pula, alang-alang dah ada kat Jusco yg pastinya bahan2 untuk membuat lempeng ni pasti ada dijual, maka pn. Ros decide beli je bahannya dan balik buat sendiri. Cukup senang membuatnya. Makan pun puas hati. Buat sebiji rupanya tak cukup untuk kami bertiga...nak kena buat round ke 2 ni...
Bahan-bahannya
200 grm tepung okonomiyaki
100 grm kubis yang telah dihiris halus
2 biji telur saiz kecil
300 ml air suam
1 keping kiub ayam ( larutkan bersama air suam tadi dan biarkan sejuk)
1/2 tin flakes ikan tuna dlm tin ( yang ni boleh ditukar dgn apa2 bahan yang disukai)
2 pokok daun bawang dipotong halur
1/2 biji bawang besar potong halus
1/4 keping seaweed
Bonito( ikan panggang sagat)
Sos okonomiyaki dan mayonis
Cara-caranya
1- Campurkan air dan tepung, kacau sebati.
2- Masukkan bahan sayur dan separuh dari daun bawang.
Kacau dengan garpu.
3. Masukkan pula tuna dan telur dan kacau biar bahan sebati.
4. Panaskan sedikit minyak masak dlm nonstick kuali dan tuangkan semua bahan( jika kuali kecil boleh lah dibuat dua biji).
Masak hingga garing dikedua belahnya.
5. Angkat dan sapukan sos okonomiyaki diikuti dgn mayonese.
6. Taburkan daun bawang diikuti dgn seaweed yang telah dihancurkan dan juga bonito.
Potong sebelum dihidangkan.

Tuesday, December 16, 2014

Donut (tampa telur)

Salam untuk semua.
Dah lama tak buat donut, dari malam tadi hana merengek suruh buat donut, disebabkan kemalasan, kita pujuk dia suruh buat popcorn caramel je, kebetulan caramel sos masih ada dlm peti.
Hari ni pagi- pagi lagi dia buat tuntutan lagi, so untuk tunaikan hasrat hatinya maka jadi lah donut ni yg kebetulannya tak ada telur kat dapur. Walau pun tampa telur donut ni tetap lembut.
Bahan-bahannya
300 grm tepung high protein
200 grm tepung gandum
1/2 paket yis mauripan
50 grm butter
75 grm shortening
350 ml air suam
2 sudu gula
2 sudu kecil double action baking powder
1 sudu kecil garam
Cara-caranya
1- Masukkan gula dan butter ke dalam air suam dan biarkan sebentar( cara spontan yang puan ros buat sebab butter baru keluar dari peti dan untuk menghilangkan sejuknya).
2- Campurkan semua bahan kering termasuk shortening.Gaul semua bahan.
3- Masukan bancuhan air dan uli tepung hingga tidak melekat ditangan(tidak mengapa jika adunan sedikit lembik).
4- Rehatkan adunan  dalam 20 minit. Buat adunan bulat-bulat seperti bola pimpong dan rehatkan dlm 10 minit lagi.
5- Goreng donut dgn api sederhana besar hingga garing, toskan minyak dan hias la sesuka hati.

Sunday, December 14, 2014

Wantan mee

Salam dah agak lama tak buat dumpling, kulit gyoza ada 2 bungkus bertapa dlm peti ais. Rasanya dah sampai masa untuk digunakan sebelum expired...sebenarnya dumpling adalah side dishes je untuk malam ni , menu utamanya ialah wantan mee.
Hubby kata kalau buat sendiri mee tu la bagus.....hish nak kena gi kursus la pulakkk...beli je yang dlm paket..cepat untuk disediakan. Mulakan dgn membuat supnya dahulu.
Untuk resepi dumpling silap search under label masakan cina atau wantan atau dumpling dan ini adalah salah satu darinya dan ada lagi dua tiga. sila la geledah resepinya ya. Biasanya boleh digoreng atau dibuat sup.

Bahan untuk sup
1 paket chicken fillet
1/2 batang karot
1/2 biji bawang besar
2 pokok daun bawang
1 ulas bawang putih
2 sudu kecil minyak bijan(optional)
Garam gula secukup rasa
1 keping kiub ayam
Air dalam 4 ke 5 cawan
Cara
1 - Potong semua bahan kecuali isi ayam , basuh bersih dan masukkan kedalam periuk bersama isi ayam dan kiub ayam.
2- Masak hingga ayam masak dan sup betul-betul nendidih dan renih dgn api kecil seketika.
Tambah garam dan gula serta minyak bijan jika perlu mengikut selera masing-masing. Tutup api dan ketepikan sup untuk digunakan semasa penyedian mee dan semasa nak menghidang.
Bahan sayur
1 ikat kailan atau sawi
Potong sayur, panaskan air bersama beberapa titis Minyak masak dan celur sayur sebentar.tos dan ketepikan
Bahan untuk mee
1 paket wantan mee(ada 4 ketul kat dlm bungkusan, biasanya diletakkan ditempat ada tauhu dan fish cake.)
2 ulas bawang putih
4 sudu besar kicap masin cair
1 senduk kicap manis
3 ke 4 senduk kuah sup
2 sudu minyak bijan ( jika suka)
1 keping kiub ayam
Garam/gula secukup rasa jika rasa perlu
Cara memasak mee
1 - Panaskan air secukupnya dan celur mee sebentar, kacau mee biar tidak melekat dan untuk mengeluarkan kanji- kanjinya. Jika kanji2nya dan mula mengeruhkan warna air, mee tadi bolehlah diangkat dan tuang dlm tapisan dan diletakkan dibawah paip air. Bilas mee dgn air paip hingga tidak lagi melekat diantara satu sama lain dan tos kan.
2 -  Panaskan  dalam 2 sudu besar minyak masak, goreng bawang putih dan masukkan kicap. Masukkan pula bahan perasa.dan kacau sebentar, campur minyak bijan.
3- Masukkan dlm  3 senduk kuah sup, kacau dan masukkan mee dan kacau. Jika rasa mahu kuah lebih boleh ditambah sup mengikut kesukaan masing2.
4. Tutup api dan siap untuk dihidang.
Cara menghidang
Masukkan mee yang baru masak kedalam pinggan dan letakkan sayur serta ayam yang telah dikeluarkan dari sup dan diracik.
Letakkan  dua atau 3 biji dimsum dan hidang mee bersama sup dan potongan cili padii yang direndam didalam kicap cair.

Monday, December 8, 2014

Shushi Tuna

Salam, Shushi dah buat skali..rupanya nak buat lagi. Mungkin sebab gunakan bahan2 yang memang menjadi kegemaran tukang2 makan kat rumah ni.
Biasanya shushi mengunakan fresh tuna, tapi Pn.Ros gunakan tuna dari dlm tin je, bahan sayuran yang digunakan juga adalah dari sayuran kegemaran kami.Jadi lah local shushi maka kena lah dgn selera local tukang2 makan.
Senang disediakan dan sangat fresh bila kita membuatnya dirumah sendiri.
Bahan-bahannya
2 cawan beras shushi( jenama sumo, ada jual kat supermarket- paket kecil)
3 keping seaweed( kulit shushi)
1 tin tuna( kali pertama guna tuna in water, kali ke dua guna tuna with chili)
Mayonis secukup rasa
Cuka shushi (boleh beli disupermarket)
2 biji telur dicampur sedikit garam dan lada putih dan digoreng dadar
Timun dibuang biji dan putong memanjang
Karot yang dipotong memanjang atau gunakan je daun salad
Cara-caranya
1-Masak nasi dlm periuk letrik seperti biasa. Bila dah masak masuukan kedalam mangkuk dan masukkan dalam 2 ke 3 sudu besar cuka shushi dan kacau rata. Ketepikan dan biar kan nasi sejuk.
2- Campurkan 2 ke 3 sudu mayonis dalam tuna dan kacau sebati.
Ketepikan.
3- Goreng telur dadar sejukkan dan potong memanjang.
4- Bila semua bahan telah siap, ambil sekeping kulit seaweed
Dan letakkan diatas tikar shushi yang telah dialas dgn plastik.
5- Bahagikan nasi kepada 3 bahagian dan letakkan 1 bahagian nasi diatas kulit seaweed. Ratakan nasi menutupi separuh kulit seaweed.
6- Letakan kepingan daun salad, dilapisi potongan telur dan tuna dan diakhiri dengan potongan timun.
7-Gulung shushi kemas- kemas dan ketepikan. Buat 2 lagi gulungan shushi.
8- Siap untuk dipotong dan dihidangkan.

Sunday, December 7, 2014

Chocolate Chips Cookies

Salam untuk semua...entah knapa hari ni tiba2 teringin sangat nak makan chocolate chips...mayb sebab kemana je pergi lagu x- mas dan deconya ada dimana2..meriah dan ceria sungguh warna-warni nya. My dear Hana always love the deco and the x-mas mood.
Tak pernah tengok resepi chocolate chips guna minyak masak dan resepi ni jumpa dlm internet dari blog simplymama. Mudah dan sedao dan ada perubahan dilakukan sebab tak cukup tepung gandum.Cookies ni juga dibuat besar2 sebab malas berlama-lama didepan oven. Gandingan minuman bila makan chocolate chips cookies, tak lain dan tak bukan adalah fresh milk,..emmmm sedap.
Bahan-bahannya
1 cawan gula perang
1/2 cawan gula putih
150 grm butter
1 cawan minyak masak
3 cawan gandum + 1 cawan tepung biskut(resepi asal guna 4 cawan tepung gandum)
1 biji telur
1 sudu kecil cream of tartar
1 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 sudu kecil garam
1 1/2 cawan chocolate chips
Vanilla essence
2 sudu besar fresh milk
Cara-caranya
1- Canpurkan gula, butter, minyak , telur dan susu, pukul hingga lembut.
2- Campurkan semua bahan kering kecuali chocolate chips.
3- Masukkan bahan kering kedalam bancuhan butter tadi sedikit demi sedikit dan kacau sabati.
4- Masukkan chocolate chips dan gaul rata,
5- Kepalkan adunan sebesar bola pingpong dan tekan biar leper sedikit.
6- Bakar dgn suhu 160 hingga garing.

Wednesday, December 3, 2014

Pulut Tai Tai

Salam untuk semua, upacara menghabiskan bunga telang kering yg disimpan sekian lama pemberian mimi nun jauh di Penang.
Kali ni beli 1 paket beras pulut(1 kilo)  dan habiskan sekali gus.
Bahan-bahannya
1- 1 kilo beras pulut
2- 1 kotak besar santan kotak
3- beberapa helai daun pandan
4- Segengam bunga telang
5- 1 cawan air panas
6-sedijit garam dan gula
Cara-caranya
1- Masukkan air panas kedalam mangkuk dan masukan bunga telang dan ketepikan.
2- Beras pulut dibasuh dan di bahagikan dua bahagian
3- Ramas bunga telang sedikit untuk mendapat warna yag lebih terang. Tapiskan airnya.
4- 1 bahagian beras pulut direndam air biasa semalaman atau beberapa jam.
5- Masukkan air biasa kedalam 1 lagi bahagian beras  dan tuangkan air bunga telang tadi, Rendam semalaman atau beberapa jam.
6- Santan dicampur 1 sudu kecil garam dan 2 sudu gula, kacau rata dan bahagikan kepada 2 bahagian.
7- Panaskan air dalam kukusan.
Masukkan bahagian pulut yang berwarna putih kedalam tray kukusan dan letakan 2 helai daun pandan diatasnya.kukus sehingga beras pulut separuh masak.
Keluarkan pulut dari pengukus dan masukkan kedalam mangkuk, tuang santan diatasnya dan kacau pulut hingga betul betul sebati dengan santan.Masukkan semula kedalam tray dan kukus lagi hingga pulut betul2 masak.
8- Angkat pulut yang sudah masak dan masukkan kedalam bekas kaca 4 segi yang telah disapu butter. Biarkan sejuk sedikit Gunakan sarung tangan plastik dan tekan pulut biar mampat dan licin sekata. Buat beberapa lubang mengunakan jari dipermukaan pulut tadi dan ketepikan..Semasa proses ini dilakukan, pastikan pulut yang berwarna biru dikukus dengan proses yang sama.
9- Bila pulut berwarna biru juga sudah masak, tuangkan keatas pulut warna putih yang dibuat lubang tadi.Tekan pulut hingga rata dan padat serta berminyak.
10- Sejukkan pulut selama beberapa jam sebelum dipotong dan boleh lah dihidangkan bersama kaya.

Sunday, November 30, 2014

Korean Omelet Roll

Salam untuk semua, beli barang nak buat shushi lain pulak jadinya.Anyway for me this is really an early morning comfort food especially for the rice pot person like my little laling Hana Helena.
Very easy to prepare.....
Bahan-bahannya
1- 1 cawan beras shushi jenama sumo(rice pot cup)
2- 4 biji telur gred A
3- 1/2 batang carrot saiz kecil diparut sangat halus(resepi asal guna enoki mushroom)
4- 1 biji bawang besar saiz kecil dipotong halus,
5- 2 keping kulit seaweed
6- Sedikit serbuk ajishio
7- 2 keping chicken meatloaf
8- Secubit garam
9- 3 sudu besar air
Cara-caranya
1-Masak nasi dan sejukkan.
2- Semua bahan dipotong halus
3- Pecahkan telur kedalam mangkuk dan masukkan kesemua bahan dan serbuk perasa serta air. Kacau sebati.
4- Panaskan sedikit minyak masak( Pn.Ros gunakan magic pan bahagian licin). Masukkan separuh bancuhan telur dan ratakan Biarkan hingga telur hampir masak permukaannya(gunakan api sederhana panas).
5. Letak sekeping kulit seaweed diatas telur tadi dan letakkan pula nasi seperti dlm gambar dibawah.
6 Lipat telur goreng hingga semua bahan tertutup( 2 kali lipatan). Biarkan hingga garing di kedua belah.
Angkat dan biarkan sejuk sebentar dan ulang proses yang sama untuk sebiji lagi omelet.
7- Angkat dan sejukkan sebentar. Potong secara menyerong sedikit. Siap untuk dihidang.

Saturday, November 22, 2014

Churros

From Cymera

Churros kegemaran anak2 especially bila travel overseas dan meronda ditaman-taman tema churros la menjadi makanan kegemaran mereka yang dimakan sambil berjalan.
Hari ni Hana my little laling dari pagi mengamuk suruh dibuatkan churros, dan ini lah hasilnya. Resepi dari Martha Steward yang Pn.Ros coppy paste dan attached kan gambar Hana menikmati churros bersama coklat sos.

Thursday, November 13, 2014

Ayam goreng kimchi

Bahan-bahannya
*  1 keping dada ayam yang agak besar
*  1 paket kimchi
*  1 biji bawang besar
*  1/2 biji cili merah+ 1/2 biji cili hijau
*  3 ulas bawang putih
*  4 biji cili padi
*  garam, gula secukup rasa
* 2 sudu besar tepung jagung
*  daun salad(optional)
Cara-caranya
1- Potong daging ayam saiz kecil bersihka dan keringkan airnya. Campur sedikit garam dan sedikit sebuk kunyit. Gaulkan bersama tepung jagung.
2- Panaskan minyak secukupnya dan goreng ayam hingga garing
Dan ketepikan.
3- Keluarkan minyak dari kuali dan tinggalkan dalam 3 sudu besar.
4- Potong halus semua bahan, dan tumiskan bawang putih dan bawang besar hingga layu sedikit.Masukkan kimchi,dan kacau,masukkan ayam dan kacau rata.
5- Masukkan semua hirisan cili dan tambah garam , gula mengikut cita rasa masing2. Goreng sebentar lagi dan boleh la ditutup apinya.
Siap untuk dihidang bersama nasi panas atau bungkus dlm daun salad seperti yang kita selalu tengok dalam cerita korea.
Selamat mencuba.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info