Mereka yang sudi.......

Friday, December 19, 2014

Okonomiyaki

Salam.
Okonomiyaki....lempeng jepun yang dikenali sebagai  Japanese pancake. Tapi kat Jusco di letak label Japanese pizza.
Semalam kesana dan Hana beli sekeping okonomiyaki ni dan makan tak cukup..kesian pula, alang-alang dah ada kat Jusco yg pastinya bahan2 untuk membuat lempeng ni pasti ada dijual, maka pn. Ros decide beli je bahannya dan balik buat sendiri. Cukup senang membuatnya. Makan pun puas hati. Buat sebiji rupanya tak cukup untuk kami bertiga...nak kena buat round ke 2 ni...
Bahan-bahannya
200 grm tepung okonomiyaki
100 grm kubis yang telah dihiris halus
2 biji telur saiz kecil
300 ml air suam
1 keping kiub ayam ( larutkan bersama air suam tadi dan biarkan sejuk)
1/2 tin flakes ikan tuna dlm tin ( yang ni boleh ditukar dgn apa2 bahan yang disukai)
2 pokok daun bawang dipotong halur
1/2 biji bawang besar potong halus
1/4 keping seaweed
Bonito( ikan panggang sagat)
Sos okonomiyaki dan mayonis
Cara-caranya
1- Campurkan air dan tepung, kacau sebati.
2- Masukkan bahan sayur dan separuh dari daun bawang.
Kacau dengan garpu.
3. Masukkan pula tuna dan telur dan kacau biar bahan sebati.
4. Panaskan sedikit minyak masak dlm nonstick kuali dan tuangkan semua bahan( jika kuali kecil boleh lah dibuat dua biji).
Masak hingga garing dikedua belahnya.
5. Angkat dan sapukan sos okonomiyaki diikuti dgn mayonese.
6. Taburkan daun bawang diikuti dgn seaweed yang telah dihancurkan dan juga bonito.
Potong sebelum dihidangkan.

5 comments:

  1. aduhaii memalsm ni beryaki yaki lsh pulak...leleh lah air lior bila tido nnti

    ReplyDelete
  2. Kena buat ni nekcik, kita buat sebiji, sekelip mata habis, esok nak buat lagi..

    ReplyDelete
  3. mcm sedap je Puan Ros tapi nak kena cari tepung okonomiyaki tu la pulok, adus tergeliat lidah maktok sebut haha

    ReplyDelete
  4. mana nak cari tepung dia ni kak... adeh nampak bes aje ..

    ReplyDelete
  5. Salam kak... tun ni pelik sket, kalau sushi tu blh mkn samp berpinggan2, tp takoyaki xleh telan.. huhu.. okomiyaki ni rasa sama mcm takoyaki kn.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info