Mereka yang sudi.......

Thursday, December 20, 2012

Lemon Chicken



Salam untuk semua.
Dah beberapa hari tak update blog sebab tak ada apa resepi istemewa. Bulan December macam biasa la,masa untuk masuk dapur tak banyak yang ada,sebab kebanyakan masa dihabiskan di office sampai petang.
Bila dah buka sekolah nanti hahhh lain la sikit, boleh berlama-lama didapur sebab P.Ros kerja sampai pukul 1.00 saja. Kalau bulan December meja di penuhi dgn resepi-resepi yang cepat dan segera.Lemon chicken adalah salah satu lauk kegemaran my daughters. and Lee Kum Kee ready made Lemon Sauce adalah salah satu sos segera yang menjadi pilihan dan kesukaan semua isi rumah ni..Paling senang sebab cuma siapkan ayamnya dan panaskan sosnya serta tuang atas ayam tadi.Semua akan cakap sedap mama.....

Bahan-bahannya
* 2 keping boneless chicken tigh
* 1 sudu besar tepung kastard
* 1 1/2 sudu besar tepung jangung
* 1/2 sudu kecil garam
* 1/2 sudu kecil serbuk ajishio (garam dan lada putih)
* 1/2 biji telur ayam size kecil yang dipukul sedikit
* 2 paket sos lemon chicken Lee Kum Kee
Caranya:
1- Basuh ayam bersih-bersih dan jangan dibuang kulitnya dan keringkan airnya. Ketuk-ktuk sedikit ayam supaya menjadi nipis sedikit.
2- Campurkan semua bahan bersama ayam (kecuali sos) dan biarkan sekejap.
3- Panaskan minyak masak secukupnya dan goreng ayam hingga bahagian kulitnya kelihatan garing dan kuning keemasan.Toskan minyak dgn kitchen towel.
4- Keluarkan minyak dari kuali dan tinggalkan dalam 2 sudu besar sahaja. Masukan dua paket sos lemon chicken dan masak hingga sos betul2 mendidih.
5- Tuang sos diatas ayam yang telah dipotong menjadi kepingan nipis.Pastikan sos masuk kedalam semua bahagian potongan ayam. Siap untuk dihidangkan.
                                                           happy cooking  

Saturday, December 15, 2012

Cokodok Durian

Salam untuk semua.jam dah 10 malam, tapi mulut terasa nak menguyah sesuatu. sebenarnya perut pun bukan la lapar sangat, dah makan 2 pinggan nasi dengan tempoyak durian tadi.
Dalam tupperware masih ada 10 ulas durian,,,nak buat durian crepe?????? semua mencebek bibir..... ok lah mama buat yang paling senang cokodok durian..nak??????? ok......maka ini la dia.
lembut dan sedap...
Bahan-bahannya
* 1 1/2 cawan tepung gandum
* 5 sudu besar gula
* 1 sudu kecil baking powder
* 1 sudu besar tepung kastard
* 1/2 sudu kecil garam
* 1 biji telur
*  lebih kurang 1 cawan air
* Isi durian dari 10 ulas durian atau secukupnya
* minyak masak secukupnya untuk mengoreng
Cara-cara
1- Campurkan semua bahan kering dalam 1 mangkuk kecuali air dan durian.Gaul rata.
2- Masukkan air sedikit-sedikit sambil dikacau rata(air boleh dikurangkan jika takut terlalu cair). Biarkan dalam 10 minit.
3- Kopek isi durian dan lenyek-lenyek sedikit .
4- Setelah 10 minit, Panaskan minyak masak secukupnya. dengan mungunakan sudu sup cina masukkan separuh adunan cokodok dalam sudu dan letakkan 1 sudu kecil isi durian ditengah adunan tadi. dengan mungunakan sudu lain ambil sedikit lagi adunan dan letakkan atas inti durian tadi hingga menutupi seluruh inti durian.
5- Masukkan adunan tadi kedalam minyak panas secara perlahan dan goreng hingga cokodok perang sepenuhnya.
                                                                     happy cooking 




Monday, December 10, 2012

Cream puff durian

 
Salam untuk semua. Musin durian crepe rasanya lambat lagi berakhirkan. Tapi cempedak juga sudah muncul...makan cempedak goreng bersama kopi dipetang yang hujan memang sedapkan.
Malam tadi bila buka frezer terpandang filling durian crepe yang masih ada dalam tupperware lalu terlintas dalam hati untuk membuat cream puff inti durian.
Memandangkan mak P.Ros nak datang esok,boleh lah buat cream puff inti durian untuk dihidangkan padanya.Kali ni P.Ros buat custard durian dan durian dgn fresh cream (ini lebihan dari inti durian crepe yang frozen).

Bahan-bahan
* 250 ml air
* 90 grm butter
* 150 grm tepung gandum

* 10 grm gula
* 4 biji telur
Cara-caranya

1- Masak air ,gula dan butter hingga mendidih dan kecilkan api, masukkan tepung gandum dan kacau hingga tepung gandum tak melekat pada tepi periuk dan menjadi sebiji bola lembut.
2- Alihkan periuk dari atas dapur dan biarkan adunan sejuk sedikit.
Masukkan telur sebiji demi sebiji dan kacau dgn hand mixer atau senduk kayu,hingga adunan sebati.
3- Masukkan adunan kedalam piping bag dan pipekan atas dulang.
4- Panaskan oven dengan kepanasan 170C dan bakar puff hingga bertukar warna perang lebih kurang 25 minit.
5- Angkat sejukkan dan boleh lah dipotong 2 dan diletakkan inti.

Inti custard durian
* 2 cawan susu
* 4 sudu besar tepung kastard
* 3 sudu besar air
* 1/3 cawan gula
* isi durian dari 6 k3 7 ulas durian
cara memasak
1- Masukkan susu dan isi durian kedalam blender dan blend hingga durian halus dan sebati dgn susu,masukkan kedalam periuk.
2- Panaskan bancuhan susu dan durian dgn mengunakan api sederhana.Tambahkan gula.kacau hingga gula hancur.
3- Bancuh tepung kastard bersama air dan tuang kedalam adunan susu tadi.
4- Masak adunan hingga mendidih sampai dikacau tampa berhenti. Biarkan adunan mendidih dan kelihatan meletup-meletup dalam 10 ke 15 minit dan tidak kelihatan agak pekat.
5- Tutup api dan sejukkan adunan didalam mangkuk sebelum disimpan didalam peti dan keluarkan bila sudah sedia untuk digunakan.
Inti Durian dan Fresh Cream 
1- Pukul non-dairy cream sebanyak yang hendak digunakan hingga kental dan masukkan isi durian. Gaul rata dan jika tak habis boleh lah dimasukkan kedalam frezer.

                                                         happy cooking 

Sunday, December 9, 2012

Oreo Cheese Kek

Salam hari minggu untuk semua. Kek yang simple dibuat untuk puteri no 2 pada hari kenvokesyennya. Cake yang berkrim memang tak jalan kat umah ni...kalau ditanya nak kek apa pastinya semua menjawab, anything simple tampa kri mama.Memang menepati citarasa mamanya yang tak tahu mendeco kek.Cake decorating is not my passion hata tak pernah pergi belajar secara kusus atau memberi perhatian padanya but...baking cake is  yes....zessss...so usah lah sesiapa berani nak order cake kerana and akan kecewa dgn hiasannya...ouchhh....
kek oreo cheese yang resepinya sama dgn ni , cuma yang ni dibuat sebiji besar dan guna sedikit white chocolate untuk tulisannya.Kek dibuat sehari sebelum dan disimpan overnight,memang sedap. soft and light.Tak cukup pulak untuk semua orang merasanya...sila la layar gambarnya dan resepinya ya.
 Bahan-bahannya
* 1 packet biskut oreo
* 500grm cream cheese (2 paket)
* 100 grm gula + cream dari biskut oreo
* 60 grm butter
* 2sudu esen vanila
* 4 biji telur
* 2 sudu besar tepung gandum
* 4 keping oreo tampa krim yang dihancurkan
Cara-caranya
1- Pukul cream cheese, gula dan cream dari biskut oreo hingga lembut dan sebati.
2- Masukkan telur sebiji-sebiji dan pukul lagi.
3- Masukkan pula tepung gandum dan asen vanila .Pukul sebentar hingga semua bahan sebati.
4- Taburkan biskut oreo yang dihancurkan dan kacau rata dgn spatula.
5- Tuang bahan kedalam bekas kek dan atur kepingan biskut oreo diatasnya.
6- Panaskan oven dgn suhu 170 C dan bakar kek lebih kurang 30 minit atau apabila dicucuk dengan lidi kedalam kek ianya keluar bersih.



Thursday, December 6, 2012

Kek dan Konvokesyen

 Salam untuk semua.
3rd December 2012 hari yang special bagi puteri P.Ros yang no 2. Dengan sahnya tamat la sudah gelaran sebagai pelajar bila  dia menerima segulung ijazah sarjana muda kelas pertamanya. Disebalik kegembiraanya terselit kedukaan kerana gagal mendapat anugerah naib chancellor sebagaimana puteri P.Ros yang pertama mendapatnya. Dan lebih melukakan hati bila kegagalan itu dirasakan bukan kesalahan diri sendiri, hatta disebabkan sesetengah pensyarah yang memang haprak dalam menjalankan tugas mereka (satu hari dia menangis sampai bengkak mata kerana sedih kehilangan anugerah yang memang diimpinya...tak tercapai hasratnya nak pakai selendang pink macam kakaknya tu...)
Apa pun benda sudah jadi and she has done her very best as far as I'm concerned.Tahniah my dear daughter.
Untuk meraikan hari konvokesyennya dia meminta dibuatkan simple cheese kek.Walau pun simple namun sedap sungguh. Tapi cerita kek next N3 ya. Sila cuci mata dengan gambar-gambar ni dulu.




                                                                         One for the album...
   They are the best friends and house mates .Will miss each other when every one go their own way
                                                     I like this candid picture the most

Friday, November 30, 2012

Chewy Goey Brownies

 
Salam untuk semua. Dah makan malam???
Hari terakhir di bulan November,cepat sungguh masa berlalu kan??? Resepi terakhir dibulan November,chewy goey brownies yang memang sedap dihidang untuk minum petang. Peminat choclate harus lah mencubanya.
Tapi untuk hari ni tak letak kekacang didalam brownie ni. kalau ikut preference P.Ros lebih suka jika diletakkan walnut didalamnya. Walau pun tampa walnut,rasanya tetap sedap.
Ini adalah resepi ulang tayang ya.


 Resepi asal dari Along Roz Home Kreation
 Bahan-bahannya
125g Butter*
200g Chocolate* (* melted & mix together)
3 Eggs
145g Brown Sugar
1 tsp VE
45g Flour**
50g Coco Powder** (** sifted together)
50g chopped Nuts (I skipped)

METHOD:
1. Beat eggs, sugar  VE until sugar is dissolved.
Add in melted chocolate & butter.
Add in flour & cocoa mixture.

Add in nuts.

2. Line tin with non-stick baking paper extended over the 2 sides.
Bake at 160C for 45 min.



                                                                     happy cooking

Monday, November 26, 2012

Pratha Gulung



Pratha gulung yang memang dah selalu buat dan jadi fovourite anak-anak. Intinya boleh dipelbagaikan dan diubah-ubah.Tetap sedap.
Resepinya disini. sebab malas nak buat tayangan ulangan ya....



                                                                      happy cooking


Sunday, November 25, 2012

Blueberry Crepe vs Durian crepe


 
Salam untuk semua.
Rasanya tak dapat nak ditepis tempias crepe durian yang terhangat dipasaran ni...Sebelum musimnya habis(macam musim haji yang kapal akhirnya 28 hb ni) maka haruslah dicuba membuatnya.
Dibuat untuk makan sendiri,jauh sekali untuk berbisnes sebab tak mungkin ada yang nak mengodernya selepas tengok tayangan tayangan gambarnya nanti. Minta maaf la kerana cara lipatan yang memang tak dapat kelulusan sirim.
Tapi  crepe hari ni sebenarnya  inti bleuberry filling sebab anak dara tak suka makan durian.Dah buat crepe durian minggu lepas cuma mak dara pak dara dan sidara  kecil saja yang memakannya.Gambar pun tak sempat ambil sebab excited nak makan.
So hari ni buat la inti blueberry agar yang tak makan durian juga tak kempunan nak makan crepe..sila la layar jika sudi...
sambungan cerita....
seminggu selepas buat blueberry crepe ni sekali lagi kita buat durian crepe dan sempat lah posing sikit..maka tambah gambarnya untuk tatapan anak2 nanti.Lagi pun adunan crepenya tetap sama, cuma inti durian crepe mengunakan non-dairy cream yang dipukul kental dan dimasukkan juga isi durian sebelu dilipat.
 

Resepi crepe yang diambil dari dapur Izah tokeh crepe durian yang tersohor tu ya. Thank you Izah dan tuan asal resepinya.Resepinya memang sedap walau pun dah dibuat perubahan kecil(telur ada 3 biji je).
 
DURIAN CREPE
(utk tuan resepi asal boleh rujuk link di atas)

Bahan2:
3 sdt gula halus
3 sdt tepung ubi
*izah campurkan sedikit tepung jagung
1/2 sdt tepung gandum
1/2 sdt butter - dicairkan
4 bj telur - dipukul sikit (Puan Ros guna 3 biji telur bersama 3 sudu kecil fresh milk)
95 ml air
1 st vanila esen



Cara2:
1) satukan gula halus, tepung ubi dan tepung gandum dan tepung jagung.
2) masukkan butter yang dicairkan.
3) pukul sedikit telur. campurkan dalam bekas tepung.
4) masukkan air.
5) panaskan non-stik pan.
6) tuang sesenduk. gelek non-stik pan agar bancuhan tepung menyeluruh. adunan tepung agak2 tak terlalu nipis dan tidak tlalu tebal. masak 1 pmukaan saja.

filling (buatan sendiri)
Kocok secawan non dairy cream hingga kental.
Ambil sekeping kulit crepe dan letakan 1 1/2 sudu besar krim diatasnya,kemudian letakkan pula 2 sudu kecil bluberry filling.Letakkan 1 sudu besar lagi krim diatas blueberry dan ratakan sedikit.Lipat kemas crepe tadi. Simpan dalam peti sejuk hingga sampai masa nak memakannya.


                                                       happy cooking

Saturday, November 24, 2012

Tangy Lemon Chicken


Salam untuk semua.
Resepi makan malam yang simple dan dibuat beberapa hari yang lalu.Mencuba dengan sedaya upayanya untuk mengingati resepinya kerana sudah menjadi kebiasaan kalau memasak main campak-campak saja. Oleh kerana resepi2 ini ditulis untuk rujukan anak2 dibelakang hari nanti makanya resepi ini harus la ditulis juga.
Resepi ini bagi setengah orang mungkin sedikit masam ,Tapi bila ditanya anak2 dan suami, jawab mereka " ok..I like it ".Sapa-sapa yang tak suka masam boleh lah kurangkan jus orenya ya.

Bahan-bahannya
* 1 keping dada ayam bersaiz besar 
* jus dari 1 biji lemon
* 2 sudu besar tepung beras
* 2 1/2 ke 3 sudu besar gula
* 1/4 sudu kecil serbuk kunyit
* Garam secukupnya
* 2 ulas bawang putih
* sedikit serbuk lada putih
* 1 cawan minyak masak 

Cara Memasak
1- Ayam dibersihkan dan dipotong menjadi kepingan nipis dan bersaiz kecil.Perap ayam bersama garam kunyit,serbuk lada putih dan tepung beras selama 10 ke 20 minit.
2- Panaskan minyak masak dan goreng ayam hingga garing ( Goreng sedikit-sedikit bukan sekali gus).
3- Bila semua yam dah digoreng buang minyak dan tinggalkan dalam 2 sudu minyak dalam kuali yang sama.Tumis bawang putih hingga garing.
4- Masukkan jus lemaon dan gula.Kacau hingga sos mendidih dah kelihatan sedikit pekat. 
5- Masukkan ayam yang digoreng tadi dan kacau rata.Boleh ditamnag sedikit gula jika rasanay terlalu masam.
Sedap dimakan bersama nasi panas.

                                                                                     happy cooking

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info