Mereka yang sudi.......

Monday, December 10, 2012

Cream puff durian

 
Salam untuk semua. Musin durian crepe rasanya lambat lagi berakhirkan. Tapi cempedak juga sudah muncul...makan cempedak goreng bersama kopi dipetang yang hujan memang sedapkan.
Malam tadi bila buka frezer terpandang filling durian crepe yang masih ada dalam tupperware lalu terlintas dalam hati untuk membuat cream puff inti durian.
Memandangkan mak P.Ros nak datang esok,boleh lah buat cream puff inti durian untuk dihidangkan padanya.Kali ni P.Ros buat custard durian dan durian dgn fresh cream (ini lebihan dari inti durian crepe yang frozen).

Bahan-bahan
* 250 ml air
* 90 grm butter
* 150 grm tepung gandum

* 10 grm gula
* 4 biji telur
Cara-caranya

1- Masak air ,gula dan butter hingga mendidih dan kecilkan api, masukkan tepung gandum dan kacau hingga tepung gandum tak melekat pada tepi periuk dan menjadi sebiji bola lembut.
2- Alihkan periuk dari atas dapur dan biarkan adunan sejuk sedikit.
Masukkan telur sebiji demi sebiji dan kacau dgn hand mixer atau senduk kayu,hingga adunan sebati.
3- Masukkan adunan kedalam piping bag dan pipekan atas dulang.
4- Panaskan oven dengan kepanasan 170C dan bakar puff hingga bertukar warna perang lebih kurang 25 minit.
5- Angkat sejukkan dan boleh lah dipotong 2 dan diletakkan inti.

Inti custard durian
* 2 cawan susu
* 4 sudu besar tepung kastard
* 3 sudu besar air
* 1/3 cawan gula
* isi durian dari 6 k3 7 ulas durian
cara memasak
1- Masukkan susu dan isi durian kedalam blender dan blend hingga durian halus dan sebati dgn susu,masukkan kedalam periuk.
2- Panaskan bancuhan susu dan durian dgn mengunakan api sederhana.Tambahkan gula.kacau hingga gula hancur.
3- Bancuh tepung kastard bersama air dan tuang kedalam adunan susu tadi.
4- Masak adunan hingga mendidih sampai dikacau tampa berhenti. Biarkan adunan mendidih dan kelihatan meletup-meletup dalam 10 ke 15 minit dan tidak kelihatan agak pekat.
5- Tutup api dan sejukkan adunan didalam mangkuk sebelum disimpan didalam peti dan keluarkan bila sudah sedia untuk digunakan.
Inti Durian dan Fresh Cream 
1- Pukul non-dairy cream sebanyak yang hendak digunakan hingga kental dan masukkan isi durian. Gaul rata dan jika tak habis boleh lah dimasukkan kedalam frezer.

                                                         happy cooking 

17 comments:

  1. Salam Kak Ros...durian cream puff memang sedap kan...Rahel pun ada buat jugak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap la Rahel....buat khas untuk mak kak ros yang datang dari kampung.Dia pun suka.....

      Delete
  2. Sedapnya inti kasted durain tu..Kalau kat sini kejap aje dah licin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap ni kak TnT. Kita tak paham orang yang tak makan durian....termasuk la seorang anak dara kat rumah ni...rugikan!!!

      Delete
  3. terbaikk la..
    nnti2 mas pun nak try buat juga....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mas cepat buat.Pasti ada yang nak order dari mas nanti...

      Delete
  4. Mmmmmm.... nak tapau 3 ketul ye Kak Ros! Nampak sedap sangat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amie..kat sana musim durian juga ke????kena buat ni, baru boleh makan puas-puas...

      Delete
  5. harus cuba jugak ni..rmi pula yg buat cream puff doyan ni..hehe

    ReplyDelete
  6. Salam Ros..resipi ni dah lama dalam simpanan..harap harap rajinlah esok nak cuba resipi Ros ni..tapi nekcik nak pakai serunding..ahli rumah tak pemanis semuanya!!!

    ReplyDelete
  7. Salam Kak Ros..sedapnya cream puff..kegemaran ni...lagi2 berintikan durian...pasti lagi sedapppppp

    ReplyDelete
  8. perghhhh...daapnyer kakros..mmg x jemu2 lagi ber durian ek..hehe!!

    ReplyDelete
  9. rupanya durian ni pun boleh kita pelbagaikan resepi kan kak

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info