Mereka yang sudi.......

Thursday, November 13, 2014

Ayam goreng kimchi

Bahan-bahannya
*  1 keping dada ayam yang agak besar
*  1 paket kimchi
*  1 biji bawang besar
*  1/2 biji cili merah+ 1/2 biji cili hijau
*  3 ulas bawang putih
*  4 biji cili padi
*  garam, gula secukup rasa
* 2 sudu besar tepung jagung
*  daun salad(optional)
Cara-caranya
1- Potong daging ayam saiz kecil bersihka dan keringkan airnya. Campur sedikit garam dan sedikit sebuk kunyit. Gaulkan bersama tepung jagung.
2- Panaskan minyak secukupnya dan goreng ayam hingga garing
Dan ketepikan.
3- Keluarkan minyak dari kuali dan tinggalkan dalam 3 sudu besar.
4- Potong halus semua bahan, dan tumiskan bawang putih dan bawang besar hingga layu sedikit.Masukkan kimchi,dan kacau,masukkan ayam dan kacau rata.
5- Masukkan semua hirisan cili dan tambah garam , gula mengikut cita rasa masing2. Goreng sebentar lagi dan boleh la ditutup apinya.
Siap untuk dihidang bersama nasi panas atau bungkus dlm daun salad seperti yang kita selalu tengok dalam cerita korea.
Selamat mencuba.

2 comments:

  1. alahaii Ros ni..buat nekcik terliur jer..pas
    tu teringat lak kampong di sinuun..hu..uu

    ReplyDelete
  2. assalam rose, akak masih ada kimchi ni boleh lah try buat ayam cam gini mcm sedapp je

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info