Mereka yang sudi.......

Monday, July 27, 2015

Cerita raya dan lemang pulut kuning

Assalam semua..
Sekali sekala bila teRasa rajin nak menulis...
Kali ini crita raya dan lemang express yang dibuat sendiri. Pn Ros memilih untuk membuatnya warna kuning ,saja nak lari dari the norm..
Tetap sedap dimakan bersama rendang.
Idea datang bila terpandang bekas sushi di atas almari. Sushi dan lemang yang mempunyai bentuk yang sama, hati terdetik apa salahnya mencuba.
Maka terhasil lah lemang pulut kuning dipagi raya. Suka tengok tetamu yang berbilang bangsa seronok menjamu selera.
Bahan-bahannya
* 5 cawan rice cooker beras pulut
* lebih kurang 2 kotak kecil santan ayam brand ( bukan trim ya)
* garam secukup rasa
* 4 keping daun pisang
* 4 keping aluminium foil
* tikar gulung sushi dan sushi maker ( ada jual didaiso atau 5 dollar shop)
Cara-caranya
1- Rendam beras pulut dengan 1 sudu kecil serbuk kunyit dan setitik pewarna kuning selama 3 ke 4 jam.
2- Campurkan santan dan garam dan masak dalam microwave selama lebih kurang seminit dan santan nanpak mendidih dan biarkan sejuk.
3- Pulut yang direndam di toskan air dan dikukus sehingga separuh masak( kukusan keluar wap).
4- Angkat pulut, masukkan dalam mangkuk besar dan siram santan sedikit demi sedikit sambil dikacau ( orang kelantan panggil arung).Kacau santan dan pulut hingga sebati dan agak licin .
5- Kukus pulut untuk kali ke dua hingga betul- betul masak.
Angkat dan arungkan sekejap biar semuanya rata dan sejukkan sebentar.
6-Masukkan pulut kedalam sushi maker ( jangan sampai penuh sangat.Tekan hingga kemas.
7- Letak sekeping foil diatas tikar sushi dan sekeping daun pisang diatas aluminium foil.
8- Terbalikkan bekas shushi diatas daun pisang dan gulung pulut kemas-kemas. Lipat kedua- dua hujung hingga kemas.
9- Bakar dalam oven atau dlm kuali ajaib.
Lemang ni boleh di buat awal dan difrozen kan. Keluar kan dari peti ais. Biarkan seketika dan bakar semula sebelum dihidangkan.
** tengok cara- caranya membuatnya dalam gambar atau video dlm facebook . Roslina Ibrahim.

1 comment:

  1. hai lemang dah moden dah ye..xyahlah panas kaki membakonya!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info