Mereka yang sudi.......

Saturday, August 22, 2015

Apam Mentega Roses

Salam untuk semua.
Apam mentega yang sangat sedap dan senang dibuat.
Resepi asal dari Ida Osman yang dibuat oleh Evelyn Gemina dari mybakinworkshop.
Kebetulan Pn Ros ada beli sarang silicon bentuk roses, terlintas pula dihati nak cuba buat apam warna rose merah dan hasilnya sangat cantik.
Bahan A
125 grm air
80grm gula
80 grm butter
3 titik pewarna merah( ini Pn.Rose tambah sendiri).
Bahan B
70 grm gula
140 grm tepung gandum
2 biji telur
135 grm susu segar
1 sufu kcik baking powder( sudu KFC)
Cara-caranya
1- Campukan air, gula dan pewarna dan masak hingga mendidih
2- Masukkan butter dan kacau, matikan api dan kacau hingga butter cair seluruhnya dan biarkan sejuk sebentar.
3- Pukul telur dan gula hingga kembang, masukkan air gula tadi dan pukul lagi.
4- Masukkan tepung gandum yang telah dicampur serbuk penaik dan dab pukul rata, selang selikan dgn susu.pukul sampai tepung gandum dan susu habis.
5-Masukkan kedalam apa2 acuan pilihan dlm 3/4 penuh dan kukus selama 10ke 15 minit betgantung pada saiz bekas .

3 comments:

  1. masyaaallah basah dah hp..air lioq leleh..esok nak pi cari itu acuan.....

    ReplyDelete
  2. cantik sangat apam ni,,sayang nak makan ni,,hehe,,,btw im blogwalking here,,

    ReplyDelete
  3. Selamat berkenalan kak, sungguh mengoda apam itewww.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info