Omelette Dumpling


Salam pagi rabu yang bisu but I have decided not to be bisu. Hujan yang lebat diluar membuatkan mood untuk buat kerja rumah melayang jauh. Duduk bersama secawan kopi depan lappy sementara menunggu hujan brenti untuk meneruskan project hari ni, dan projectnya adalah kesaloon untuk potong rambut little laling and off to book shop for her to spend a few hours there as what we normally do during school holiday.
Egg dumpling ni dibuat untuk breakfast and lunch semalam.Sebenarnya ianya juga boleh digunakan sebagai hidangan lauk sampingan bersama nasi. Resepi asal dari Wendy table for 2.
Kawan2 boleh tengok resepi asal dan gambar cara-cara membuatnya diblog wendy ya.Sila kesana. Thank you wendy.My girls love this egg dumplings and will sure make again next time.


Bahan-Bahannya
* 3 biji telur saiz besar (Puan Ros guna 4 biji telur sederhana
* 1/3 tsp garam
* Sedikit serbuk lada sulah
Bahan inti
* 100 grm minced meat (P.Ros guna minced chicken)
* 1tbs potongan daun bawang( P.Ros guna 2 tangkai)
* Parutan 1/2 biji carrot dan parutan sedikit sengkuang P.Ros tambah sendiri
*1/2 tsp tepung jagung
*1 tbs air (P.Ros tak masuk sebab parutan carrot dan sengkuang juga lembab)
* 1/4 tsp garam
* 1/3 tsp sugar
* sedikit serbuk lada putih
Cara memasak 
1-  Pukul telur garam dan lada sulah dan ketepikan
2- Campurkan semua bahan dalam mangkuk dan gaul rata dan bahagikan bahan pad 10 atau 11 bahagian.Bulatkan dan tekan leper.ketepikan
3- Panaskan kuali,masukkan 1sudu kecil minyak masak dan masak mengunakan api perlahan
4- Dengan mengunakan sudu sup yang biasa digunakan orang cina masukkan sesudu telur ditengah kuali(tak payah pusing kuali kerana minyak akan menolong telur tu menjadi bulat dgn sendiri)
4- Letakkan sekeping bahan ayam tadi dan lipat telur menjadi separuh bulat.Tekan sedikit dengan spatula .
5- Balik2 kan dan goreng hingga kedua bahagian telur kuning keemasan (Pastikan api tetap kecil dan bersihkan kuali mengunakan kitchen roll sekiranya minyak dalam kuali kelihatan coklat).
6- Ulang proses yang sama hingga semua bahan habis.Hidang bersama salad dan cili sos.
*Pastikan and mengunakan api kecil sepanjang proses memasak.

                                                    happy cooking

Comments

  1. Salam kak ros =)
    nmpk sedap! tun terliur jugak masa tgk wendy buat aritu.

    ReplyDelete
  2. Salam Kak Ros dan selamat bercuti.
    Sedapnya nampak omelette dumpling tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam Watie,harus dicuba tau sebab buatnya senang dan makan pun sedap.

      Delete
  3. salam ros..nampak sedap ni..mesti laku kalau dirumaha cik ni..telur rebus je pun boleh licin..acik ambik resepi ye ros..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Acik sila buat..pasti sold out macam yang kak Noor kat bawah tu cakap..hahaha

      Delete
  4. salam Ros,telur memang fav anak2 akak dimasak cemana pun memang laris apa lagi masak macam ni tentu cepat sold out heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam K.Nor, kat sini pun sold out juga..dia orang main ratah je...cicah thai cili sos pun menjadi.

      Delete
  5. Ya Allah... sedapnya Kak Ros! Tumpang meratah.... adeeehhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amie..malam ni jangan masak nasi ya..ratah omelette ni je.

      Delete
  6. salam kenal...

    nampak simple jer...tapi sure sedap tuh kan...:)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts