Pai Bayam Dan Telur

Salam untuk semua.Pai yang simple dan sedap dan mengenyangkan. Pai ni dibuat malam isnin lepas bila perasaan tak nak makan nasi tiba-tiba melanda. Buka peti dan keluarkan apa yang ada tapi malangnya sekeping butter pun tak ada.Sob..sob... So kulit pai ini dibuat hanya mengunakan shortening dan air sejuk dari peti ais.Jom tengok resepi.



Bahan Untuk Kulit Pai
* 2 cawan tepung gandum
* 120 grm shortening
* 1/8 sudu kecil garam
* 8 ke 10 sudu besar air yang betul-betul sejuk dari peti ais
Cara Menyediakan kulit Pai
1- Masukkan tepung gandum,garam dan shortening kedalam mangkuk.Gaul rata.
2- Masukkan dalam 4 sudu besar air sejuk kedalam adunan dan gaul bahan biar sebati.Tambahkan air sehingga aduna menjadi doh yang lembut (pengunaan air bergantung pada kelembapan gandum)
3- Bila doh siap tekan menjadi sedikit leper dan bungkus dengan plastik.Simpan didalam peti sejuk selama 1/2 jam.
Bahan untuk Inti
* 4 biji telur (3 biji dimasak bersama bayam dan 1 biji buat sapu pada kulit pai)
* 2 ulas bawang putih
* 200 grm daun bayam
* 1 biji bawang besar saiz sederhana
* 1 biji lada hijau
* 1/2 keping pati ayam
* Parutan cheese secukupnya (Chedar atau Moza)

Cara Memasak Inti
1- Potong daun bayam dengan potongan kecil,basuh bersih dan toskan airnya.Bawang besar dan cili hijau dipotong nipis dan ketepikan.
2- Panaskan dalam 3 sudu besar minyak dan tumiskan bawang putih sampai naik bau.Pecahkan 3 biji telur dan kacau biar telur hancur.Masak sebentar dan masukkan pula semua bahan sayur.Tambahkan kiub pati ayam dan masak hingga daun bayam lembut.Angkat dan sejukkan.Kalau bayam yang digoreng ada air,pastikan jangan diambil airnya.
 Cara Menyediakan Pai
1- Keluarkan adunan pai dari peti dan gelek nipis menjadi bentuk bulat.Sapukan sedikit minyak masak atas dulang pembakar dan letakkan kulit pai diatas dulang.
2- Taburkan sedikit cheese diatas kulit pai.Letakkan pula inti ditengah kulit pai.Tabur cheese disekeliling inti pai (ini supaya tepi kulit pai yang dilipat nanti ada cheese didalamnya),taburkan juga cheese diatas inti pai.Lipat bahagian kulit pai kearah dalam bahagian pai.
3- Pukul sebiji telur yang masih ada dan sapu pada keliling tepi pai.Curahkan baki telur diatas inti pai.
4- Panaskan oven dengan suhu 200C dan bakar pai selama 30 minit hingga kulit pai menjadi kuning keemasan.
                                                                     happy cooking

Comments

  1. salam puan ros..menu sihat ni ye..sesuai untuk yang diet tak mau makan nasi..mesti kenyang ni..

    ReplyDelete
  2. salam pn Ros..sy dh lama tringi nk buat camni...tp asik malas je...sedap plak tgk pai camni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam ummi,kalau yang tak suka makan sayur tu boleh terus buat macam ni .jadi 2 in 1 kan?

      Delete
  3. asslm Puan Ros...1st time tgk resepi ni...lain dri yang lain...nmpk sedap tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam QH, resepinya simple je dan senang nak buat.Sila la cuba.

      Delete
  4. aslmkum kros.. selalu mkn pie yg manis2.. tak prnh cuba yg souvry camni .. nnti bila2 nk cuba juga la.. tq kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Dzana betu tu.Asik yang manis2 je..cuba yang bersayur pulak kan?

      Delete
  5. Wa..nampak sangat sedap pai bayam ni..nanti nak terai gak..

    ReplyDelete
  6. salam kk ros...wahhhhhhhhh siap ade vegee tu kak...mmg nmpk sedap..!!

    ReplyDelete
  7. Salam Kak Ros..lama plak tak jenguk2 kat sini..wahhh menu sihat ni...klu dah kreative, tak cukup bahan pun boleh jadi gak....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Sue ,itu la kelebihan kalau memang memasak tu minat yang datang dari dalam.Cuba ya.

      Delete
  8. aslamkum,kak Ros...idea baru buat pai la.selalunya pai ayam, pai daging kali ni pai bayam...bez tu.thanks akak sudi share resepi yg simple.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam micasamawar,memang sangat simple.Kenyan pulak tu bila makan sekeping.

      Delete

Post a Comment

Popular Posts