Mereka yang sudi.......

Tuesday, May 29, 2012

Wanton Sup


Salam untuk semua.Wanton sup yang dibuat pada hari Ahad lepas. Dumpling atau Chai kueh yang dibuat 2 minggu lepas juga masih ada berbaki dalam freezer. Tak banyak yang tinggal dan takut tak cukup makanya P.Ros buatkan wanton sup yang simple ni untuk menjadi pengiringnya.P.Ros gunakan kulit wanton 4 segi yang saiznya agak kecil. Hidang dengan kicap cair dan cili padi.Menjadi la lunch dihari minggu.
Separuh wanton tu P.Ros goreng dan separuh lagi dibuat sup.
Bahan-bahan
* 100 grm minced chicken
* 10 ekor udang sederhana besar dicincang halus
* 1/2 batang lobak merah diparut halus
* 1/4 biji sengkuang diparut halus
* 2 batang daun bawang dipotong halus
* beberapa titis minyak bijan
* 1/2 sudu kecil garam atau secukup rasa (boleh juga diletak kiub pati ayam)
* 1 sudu kecil tepung jagung
* 1 packet kulit wanton 
Cara membuat wantan
1-Campurkan semua bahan sayur dan inti ayam dan perasa.Campur sebati
2- Ambil sekeping kulit wantan dan letakkan 1 sudu kecil inti ditengahnya.
3- Sapu air disekeliling kulit wanton dan lipat mengikut bentuk pilihan masing2.(kebiasaannya wanton dibuat seperti bentuk karipap)
4- Panaskan minyak dan goreng wanton hingga garing.
Cara menyediakan Sup
1- Tumiskan 2 ulas bawang putih yang di potong halus.
2- Masukkan dalam 4 cawan air atau sebanyak yang dikehendaki
3- Masukkan pula hirisan bawang besar dan 1 1/2 keping kiub pati ayam.Biarkan air mendidih.
4- Masukkan satu peket bebola ikan. Masukkan pula wanton yang telah siap dibuat (jangan goreng wanton yang nak dibuat sup).
5- Kecilkan api.Dan tambah  garam jika perlu.Taburkan daun bawang dan biarkan seketika. Tutup api dan siap untuk dihidangkan.
* Boleh dihidang dengan kicap cair yang dicampur bersama potongan cili padi.
                                                    happy cooking

14 comments:

  1. salam kenal Puan Rose, sedapnya akak tengok wanton soup tu, anak2 akak kalau kuar makan kedai benda ni lah selalu diaoran order sbb mamanya malas buat heee thanks kongsi resepi ya nanti kak noor nak buat jugak tunggu mood R dtg hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kak Noor...nak kena makan vitamin R banyak-banyak kan..tapi buat sendiri lagi untung dari makan kat luar.

      Delete
  2. Salam kak rose.. tun tengah gila makan dumpling skrg ni.. hihi.. wonton tu tun suka mkn yg goreng, tp kan, kt sini, kulit wonton tu sangat teramat serap minyak bila goreng :( nk mkn pun xlalu.. sedih je rasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Tun.Nape ya...serap minyak sampai macam tu.Next time balik kelantan benda ni dulu la yang TUn patut masakkan???

      Delete
  3. asslm..kak Rose...sedapnye bile mlm2 cmni tgh wantan sup tu...tp lbih suka yg goreng tu...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam QH,sama la kita.Kak ros pun suka yang goreng.

      Delete
  4. suka suka... mintak semangkuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bundo salam cuti ya....nak mangkuk tu ambil la.tapi isinya dah habis...hihihi

      Delete
  5. Aslmkm KakRos. I likeeee....! Di Miri ada satu restoren Malay married to Chinese yg jual wantan soup, alhamdulillah dapat makan bila teringin. Nak buat tak rajin kot...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam along...kak ros pun tak la rajin sangat..tapi membuatnya agak senang dan makan kat luar agak mahal.So berbaloi la jugak.

      Delete
  6. Sungguh menyelerakan! kalau dapat sup wantan tu Kak Ros... adeeehhh! Slurrp..slurrpppp

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam Amie, selamat bercuti ya. hari ni hujan,kalu dapt slurp..slurp... sup tu memang sedap.

      Delete
  7. Both fried and soup wanton I also like!

    ReplyDelete
  8. Hai sonia.krup krap krup krap yang goreng dan slurp..slurp supnya pula...kenyang kan??

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info