Mereka yang sudi.......

Saturday, December 11, 2010

Sotong Masak kicap Black Pepper

Salam makan malam.! lagi resipi yang mudah dan kes nak habiskan apa yang berbaki kat dalam peti ais.
.Janji perut-perut kosong yang setia menunggu Puan Ros balik dari opis dan masak bersedia menerima dan mangisi kekosongan perut masing-masing dgn apa saja yang diletakkan dan dihidangkan dihadapan mereka.My family my ardent cooking fan..........hi hi hi


Bahan-bahan
10 ekor sotong sederhana besar
2 sudu besar sos cili
2 sudu  besar sos tomato
3 sudu besar kicap pekat manis
1 sudu besar kicap cair
1sudu kecil black pepper (boleh tambah jika nak lebih)
1/2 biji bawang besar dipotong bulat
1 biji cili hijau potong serong
1 sudu kecil garam(boleh tambah atau kurangkan ikut selera)
2 ulas bawang putih potong halus
halia sebesar  jari kelingking dipotong nipis dan memanjang
Separuh potongan timun yang dibuang bijinya dan dipotong dadu(Ini kes nak habiskan saki baki sayur dalan peti asi so nak masuk boleh tak nak pun tak apa)
5 sudu besar minyak masak
sedikit daun bawang untuk tabur

Cara memasak
1-Bersihkan sotong.Buang kulitnya dan potong bulat.Toskan 
2-Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan halia hingga naik bau.masukkan sotong dan kacau sebentar.
3- Campurkan semuas sos kedalam 1 mangkuk dan masukkan 3 sudu besar air dan kacau sebati.Tuangkan campuran sos kedalam sotong .
Kacau dalam 2- 3 minit.Masukkan black pepper.Rasalah masin manisnya mengikut selera masing-masing
4- Masukkan garam, potongan timun,hirisan bawang besar dan cili hijau.Kacau sekejap dan angkat.(sotong tah boleh masak lama-lama, begitu juga dgn timun)masukkan dalam pinggan dan tabur daun bawang jika suka sebelum dihidangkan.








No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info