Pau Sardin

Morning semua.Lately the N3 is all the breakfast recipikan?.Actually everyday balik dari kindy after 6.So lazy to cook.Normally Puan ros will cooked something simple or something yang N3nya dah dimasukkan before this.Jadi tak payah lah nak buat sesi ulang tayang banyak-banyak kan.Pagi ni nak buat pau.Dah 2 3 kali buat tapi tak brapa cantik.So pagi ni mengepau lagi. Idea resipi dari blog DTS (thank you Che Mat)They all buat guna mesin.Puan Ros guna mesin cap jari jemari ku aja.Doh pau ikut che mat punya resipi tapi inti sardin tu hentam sendiri aja (ikut apa yang ada kat dapur la).kali ni alhamdullillah jari jemari ni berjaya menghasilkan pau yang gebu dan lembut.  Jom kita mengepau........Puan Ros gandakan resipi dibawah sebab cuti-cuti malaysia ni ada extra tukang makan la....makan ramai-ramai ni memang meriah..

 Bahan untuk pau
240 grm tepung pau
1 camca teh double-acting  baking powder
25 grm shortening (lemak sayuran)
1 sudu teh yis
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh cuka*
30 grm gula halus*
100 ml air suam* (campur dan kacau rata)
cara-cara membuat doh
1-Campurkan tepung pau,yis,shortening dan garam hingga menjadi seperti bread crumb.
2- Gula, cuka dan air suam dicampur dan kacau hingga gula hancur.Masukkan kedalam adunan tepung,
3- Uli adunan sehingga lembut,tutupkan mangkuk  dan biarkan
selama 45 minit hingga doh naik sekali ganda.
5-Selepas 45 minit keluarkan doh dan tumbuk-tumbuk sedikit.Bulat-bulatkan doh(Puan Ros dapat 17 biji doh pau).Rehatkan lagi 20 minit.
6-Ambil sebiji doh dan leperkan diatas tapak tangan.masukkan inti dan letakkan doh diatas sekeping kertas atau daun pisang.
7-Kukus doh didalam kukusan yang betul-betul panas selama 12-15 minit.
bahan inti sardin
1- 11/2 keping sardin (King cup size besar)-Tak habis pun boleh guna sekeping aja jika mau
2-1/2 labu bawang besar
3- 1 pokok daun bawang 
2 ulas bawang putih
1 1/2 sudu besar rempah kari
garam secukup rasa
2 sudu minyak untuk menumis
cara memasak
panaskan minyak dan tumis bawang putih diikuti bawang besar.Masukkan rempah kari dan kacau sebentar.Masukkan sardin yang telah dihancurkan dan daun bawang.kacau dan masukkan sedikit garam. Bolehlah diangkat dan sejukkan. 








Comments

Popular Posts