Mereka yang sudi.......

Tuesday, December 28, 2010

Kari pekat lamb shoulder

Salam.semua.Ini resepi diner malam tadi.Biasanya lamb shoulder ni Puan Ros buat lamb chop,tapi hari ni permintaan istimewa 2nd princes suruh masak kari.So kita pun gedok-gedok apa yang ada.Ini kari versi tak pedas sebab takut hana tak makan.Ala oii dia jerit kat kakak I dont want kambing....................!!!Ayo dia tahu kambing pun daging jugak... so dia makan nasi dengan telur goreng aja.Sapa-sapa suka pedas boleh tambah serbuk chili / lada hitam.

Bahan-bahannya
5 keping shoulder lamb.
2 cawan susu segar
4 cawan air
1 1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia
1 batang serai
2 sudu besar bawang goreng
2 sudu besar sour cream
2 sudu besar tomato puree
1 pokok daun parsly
kayu manis.bunga lawang  dan buah pelaga
Garam,gula secukup rasa
4 sudu besar minyak untuk menumis(boleh dicampur dengan minyak sapi jika suka.
Cara memasak
1- Basuh daging kambing dan toskan airnya
2- Panaskan minyak,tumis  bunga lawang ,kayu manis dan buah pelaga kemudian masukkan bawang putih,bawang besar.halia dan serai yang dimayang halus.Tumis sampai naik bau dan masukkan rempah kari dan tomato puree.Goreng sampai garing.
3- Masukkan pula lamb shoulder kacau sebentar dan masukkan 4 cawan air.kacau sebati.Tutup periuk dan biarkan daging mendidih lebih kurang 1/2 jam.kacau dan balikkan daging sekali sekala.
4- Setelah setengah jam,masukkan susu dan sour cream.kacau sebati dan masukkan garam dan gula .Biarkan diatas dapur dengan api sederhana kecil.masukkan pula bawang goreng dan hirisan daun parsly.Masak hingga kuah pekat dan pecah minyak.
5- Rasalah asam garamnya sebelum dihidang kan bersama nasi panas. Tambah apa-apa perasa yang patut ikut selera masing-masing


















































No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info