Mereka yang sudi.......

Wednesday, December 1, 2010

Spaghetti Berlauk

Salam semua. This is menu for our lunch yesterday, one of my laling favourite menu for lunch.Kalau masak ni dia memang suka. Dia kata simple and mengenyangkan.Asyik-asyik kenyang aja..........Esok Puan Ros dah mula masuk opis.dah 2 minggu cuti and boleh berblog sesuka hati.Kata aja cuti tapi masih bekerja dari rumah.Tapi bila dah officialy masuk opis masa untuk berblog kurang la sikit.Masa aja kurang tapi masaknya tak kurang pun.How i wish.........


Bahan-bahannya
350-400 grm spaghetti direbus dan toskan
200gm minced chicken
250gm Kubis dipotong halus 
4 batang cili kering digunting nipis(boleh tambah jika nak lebih pedas)

1/3 biji capsicum merah dan 1/3 biji capsicum kuning  dipotong dadu
1/2 labu bawang besar dimayang halus
3 biji garlic dipotong kecil
2 pokok daun saderi
1 keping chicken stock
1/2 sudu kecil garam(ikut selera)
3 sudu besar minyak untuk menumis
1/3 cawan air


Cara memasak
1- Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih.Bila naik bau masukkan minced chicken.Goreng sampai masak. Masukkan cili kering dan chicken stock.Goreng sebentar.
.2- Masukkan semua sayur-sayuran dan 1/3 cawan air.Kacau rata.Masukkan garam.
3-Tutup api.Masukan spaghetti dan kacau rata.Siap untuk dihidang.Boleh juga masukkan spagheti kedalam pinggan dan letakkan bahan lauk diatas spaggheti.(my laling suka method gaul semua skali sebelum dihidang.
ps/kita orang suka taburkan lada putih atas spaghetti sebelum dimakan






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info