Mereka yang sudi.......

Wednesday, December 15, 2010

Karipap sardin

Salam semua.Ini resipi sarapan pagi semalam.tak sempat nak masukkan entry.Karipap ni senang nak buat.Nak buat untuk minum petang pun boleh.Ada kopi o emmm..... lagi la sedapnya.

Bahan Doh
500 grm tepung gandum
4 sudu besar butter
4 sudu besar minyak masak
1 mangkuk air(lebih kurang)
secubit garam 

Bahan inti sardin
2 ekor ikan sardin
1/2 labu bawang besar
1 sudu besar serbuk kari
1 ulas bawang putih 
 sedikit minyak masak

Cara memasak sardin
1- Hancurkan sardin mengunakan garpu.
2- Panaskan minyak masak.Tumis bawang putih sekejap dan masukkan serbuk kari.
3- Masukkan sardin kacau dan masukkan bawang besar.dan juga secubit garam.Masak sardin hingga sedikit kering .Angkat dan sejukkan.

Cara membuat doh. 
1- Masukkan gandum kedalam mangkuk.campurkasn secubit garam.
2- Panaskan minyak bersama butter hingga butter cair.Campurkan kedalam tepung .gaul mengunakan sudu.
3- Campurkan air sedikit demi sedikit  dan uli mengunakan tangan sehingga menjadi doh yang lembut.
4- Buat doh bulat-bulat (boleh dapat dalam 12 biji).Canai nipis doh dan masukkan intinya.Klim tepi karipap
5- Panaskan 1 1/2 cawan minyak masak dan goreng karipap hingga kuning keemasan.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info