Mereka yang sudi.......

Wednesday, December 1, 2010

Apple Crumble with aiskrim

Salam semua Apple crumble with aiskrim. Em....... nyamannya.Apple crumble ni kalau nak makan macam tu saja makan masa suam-suam,tapi makan sejuk dengan aiskrim pun sangat sedap. nak buat pun sangat lah senang.Cuba lah! 


Bahan untuk apple
9 biji apple hijau  (saiz kecil)

1 cawan gula perang
4 sudu besar gandum
1 sudu kecil Cinnamon 
Bahan untuk crumble
1 cawan gandum
150 gram butter sejuk
2 sudu kecil gula perang


Cara memasak
1- Apple dibuang kulit dan dipotong dadu atau nipis
2--Masuukkan gula perang dan cinnamon kedalam apple, gaul rata. Masukkan 4 sudu gandum dan kacau lagi sampai rata.(kurangkan sedikit gula jika tak suka manis)
3- 1 cawan gandum dicampur dengan 2 sudu gula perang , masukkan butter yang masih keras dan sejuk.Gaul semua bahan dengan hujung jari sehinnga menjadi crumb.
4-Apple yang dah digaul tadi masukkan kedalam tray kaca yang tahan panas dan taburkan adunan crumb diatasnya.bakar didalam subu 180 selama lebih kurang 20-25 minit atau hingga atas nya nampak keperangan.








No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info