Mereka yang sudi.......

Sunday, December 12, 2010

Siakap Kukus Sos Tomyam

Salam makan malam semua. Ikan siakap ni kat dalam peti dari minggu lepas.Siang tadi Puan Ros and my 3 princess + the cousin ronda -ronda kat megamall,nak shoping hadiah krismas.We all kalau krisma pun kena shopping ,raya pun kena shopping and Chinese New Year pun ada ang pau.Senang cerita semua pun celebrate lah.Dah 1 hari ronda-ronda balik pun dah lapar.Rasa macam nak makan sup masam-masam pulak.So terjadilah siakap bersos tomyam ni.Memang sedap.


Bahan-bahan
1 ekor ikan siakap sederhana besar
1 1/2 keping pati tomyam knorr
1/2 labu bawang besar
2 biji bawang putih
1- 1/2 cawan air (ikut sebanyak mana kuah yang dikehendaki)
1 sudu kecil sos ikan
1 sudu besar gula
4-5 biji cili padi(dipotong dua atau guna sebiji-sebiji)
1 bungkus tauhu lembut
minyak untuk menumis
Cara memasak
1- Ikan dibersihkan dan dipotong butterfly(suruh aja budak kat supermarket tu buat,mesti tau punya)
2-keluarkan tauhu dari bekasnya dan dipotong 8
3-Letak ikan didalam pinggan dan taburkan sedikat saja garam.Atur tauhu keliling ikan
4-Kukus ikan sampai matanya nampak keluar ,(itu tanda ikan dah masak) dalam 10 minit gitu
5-Angkat ikan ketepikan dulu.
6- sebelum dihidang ,buang air ikan dan tuangkan sos tomyam keatas ikan. Siap untuk dihidang bersama nasi panas.
Sos ikan
Panaskan 3 sudu besar minyak masak didalam periuk kecil dan tumiskan bawang putih dengan halia sampai terbit bau.
campurkan pati kiub tomyam bersama air  dan masukkan kedalam periuk tadi.biar sampai kuah mendidih. Masukkan cili padi ,sos ikan dan gula.masak lagi dalam 2-3 mini,.rasa asam garamnya dan tambah apa -apa yang patut mengikut selera masing-masing.Tutup api.
p/s Boleh juga dipotong sedikit serai dan bunga kantan untuk dimasukkan kedalam sos.Kat dalam peti Puan Ros benda-benda tu dah habis.Nak kena gi pasar tani or pasar malam le.........



My little laling aka little princess (hana) always fascinated with xmas deco.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info