Sambal Kerisik kerang

Salam makan malam.Pagi tadi pergi marketing kat giant.Peti ais dah kosong . Adoi tak tahu apa nak masak hari ni.Nasib baik 2nd princess ikut sekali. Boleh lah tolong pikir apa nak dibeli untuk penuhkan peti ais minggu ni.Dia nampak kerang and suggest masak sambal kerang.Ok juga .Rasanya dah 1 bulan kami tak makan nasi lemak.Tapi masa nak masak jumpa kerisik yang dibeli untuk raya hari tu.Masak rendang daging biasa nya masuk kerisik but Mr cow are still not allow in the house. So kita guna la kerisik ni dalam sambal kerang hari ni.Boleh tahan juga . nak tahu kena la cuba masak sendiri..............


Bahan-bahannya 
400 grm isi kerang
1 labu bawang besar (separuh di mesin dan separuh dipotong halus)
2 biji bawang putih
2 batang serai
1 inci halis
4 sudu besar cili giling (boleh guna cili kering jika mahu)
1/2 packet kerisik
1 keping asam keping 
garam dan gula secukup rasa
5 sudu makan minyak untuk menumis

Cara memasak
1- Blend bawang besar , bawang putih dan serai.masukkan cili giling dan gaul rata.
2- Panaskan minyak dan tumis bahan yang diblend hingga terbit bau.Masukkan garam gula dan asam keping .Goreng sebentar lagi.
3- Masukkan isi kerang.Goreng  hingga air dari kerang sedikit kering.Masukkan kerisik dan potongan bawang besar.Rasa asam garamnya
4-Bila sambal dah pecah minyak bolehlah diangkat.Siap untuk dihidangkan




Comments

Popular Posts