Mereka yang sudi.......

Wednesday, December 15, 2010

Paru goreng kicap manis

Salam semua .ini resipi malam tadi.Mentang2 la kita dah welcome kan mr cow to the hse berderet-deret la pula resipi yang membabitkannya kan.Alang-alang beli daging belila paru sekali.Dah lama tak makan ni..mari kita layar.....


Bahan-bahannya
600 grm paru
1 labu bawang besar dipotong bulat
1 biji cili merah dipotong nipis
1 biji cili hijau dipotong nipis
2 ulas bawang putih
1 sudu besar cili giling
4 sudu besar kicap manis
garam secukup rasa
2 sudu pati asam jawa
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
Cara memasak
1- Paru direbus bersama pati asam jawa dan garam bersama air secukupnya.Rebus lebih kurang 1/2 jam..Balik-balikkan paru semasa merebus.
2- Angkat dan sejukkan .Potong paru nipis-nipis dan gaul bersama serbuk kunyit dan garam.Paru boleh dimasukkan sekejap dlm microwave(high for 2 minutes) sekiranya masih ada bahagian bewarna merah.
3- Panaskan 3 sudu makan minyak masak dan tumis bawang putih  dan cili giling hingga sedikit garing.Masukkan paru dan kacau sebentar.masukkan kicap manis.dan kacau sebati.
- Masukkan bawang besar,cili hijau dan cili merah.Goreng sekejap.masukkan sedikit garam jika suka. Angkat dan hidangkan bersama nasi panas.








No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info