Bungkusan Ayam
Salam makan malam.Resipi ni selalunya Puan Ros masak kalau teringat kat my late mom-in- law.During my first few years of my marriage sempat lah tengok dia masak beberapa jenis masakan cina yang puan Ros simpan dalam ingatan sampai sekarang.Maalumlah walau pun my laling have no problem with our malay ,kampung food,sesekali dia pasti teringatkan masakan bonda dia kan?Ni la salah satu darinya.Tapi..................hari ni dia complain..Something is missing!Five spice powder kot.Barangnya pong tak dak kat dapur so kita pun jadi la ingat-ingat lupa.Tapi kita tetap ingat kat mak metua kita. May God bless your soul mother.(we all call her mother)Doa la juga untuk dia walau pun we all berlainan agama because dia tetap bonda laling kita dunia dan akhirat.Amin..
1 ekor ayam dipotong kecil
2 labu bawang besar bersaiz kecil
5 biji bawang putih
1 1/2 inci halia
2 sudu makan kicap pekat manis
1 mangkuk kecil sos tiram
1/2- 1sudu kecil five spice powder(tak masuk sebab hari tu tak ada)
1 sudu besar minyak bijan
2 sudu kecil garam
3 cawan minyak untuk mengoreng
kertas minyak atau tracing paper untuk membungkus ayam
telur putih untuk gam
Cara memasak
1- Basuh bersih ayam dan sejatkan airnya
2- Bawang putih,bawang besar.dan halia ditumbuk halus(jika diblend masukkan sedikit sahaja air)
3-Bahan tumbuk tadi digaulkan bersama ayam dan masukkan semua sos , rempah dan garam.Gaul rata dan perapkan 1 ke 2 jam.
4-Kertas dipotong 4 segi bersaiz 6 inci x 6 inci
5-Ambil sekeping ayam dan letakan diatas kertas,masukkan sedikit sosnya.Bungkus ayam dgn kemas dan sapu putih telur dihujung sebagai gam.
6-Pastikan minyak betul-betul panas dan goreng sela lebih kurang 6 minit atau sehingga kertas bungkusan kelihatan hitam dan ayam didalam bungkusan nampak perang Balik-balikkan ayam.Angkat dan toskan minyaknya. Sedia dihidang bersama nasi panas.
p/s Ayam ni diratah begitu saja pun sedap.Kena guna dua tangan la nak buka bungkusan tu.Kat luar agak berminyak tapi ayam kat dalam tak berminyak.

Dulu2 sy biasa mkn dgn yong tau foo stail cina beserta bungkusan ayam dihidang dgn nasi putih. Mmg menyelerakan. Dah 15thn sy tak mkn makanan mcm ni. Since devorce with my 1st hubby cina. Sampai lupa resipinya. Nasib baiklah sy terjumpa blog akak. Lepas gak kempunan sy nak mkn ayam bungkusan ayam. Thanks akak.
ReplyDelete