Daging Black Pepper

Salam makan malam. Dua tiga hari ni Puan ros asyik Postkan resepi breakfast and lunch aja kan.Sebab sebelah malam most of the time tak masak  diner.So malam ni rasa rajin pula nak masak sebab balik awal dari opis.Jom tengok resepi daging ni ya.
Bahan-bahannya
300 gram daging
1/2 labu bawang besar
2 ulas bawang puteh
8 keping halia yang dihiris nipis
1 1/2 sudu makan kicap cair
3 sudu makam sos tiram
1 sudu makan tepung jagung
1 sudu makan lada hitam
Daun bawang atau daun parsly
sedikit air
3 sudu makan minyak masak
garam secukup rasa(jika mahu)
Cara memasak
1- Daging dipotong nipis.Basuh dan toskan airnya.Campurkan daging bersama kicap cair,sos tiram dan tepung jagung.Perap dalam 1/2 jam atau lebih.
2- Panaskan minyak tumis bawang putih diikuti hirisan halia.Goreng sebentar dan masukkan daging .
3- Goreng hingga air daging keluar dan mendidih.Masak lagi selama 10 minit sambil dibalik-balikkan daging.
4-Masukkan lebih kurang 1/2 cawan air kedalam mangkuk perapan daging tadi. dan dikacau bersama sos yang masih melekat dimangkuk.Tuang kan air kedalam kuali dan goreng daging hingga empuk.Masukkan bawang yang yang potong besar-besar dan juga daun parsly.
5-kacau daging dan masukkan lada hitam,kacau hingga kuah kelihatan agak pekat, tambah sedikit garam jika suka,(Puan Ros tak masukkan garam sebab rasanya dah cukup masin).Boleh tabur potongan daun bawang sebelum dihidangkan


Comments

Popular Posts