Mereka yang sudi.......

Thursday, December 9, 2010

Creamy Glazy Doughnuts

Good morning every one. Last night we had a hot firing sambal ikan bilis for dinner.Nanti Puan Ros tulis resipinya. The burning sensation masih lagi berlegar-legar dalam perut masing-masing.So  today I'.am thinking of making something more sweet to soothing the stomach and anak tekak ni.Dapat resipi dari allrecipes posted by kelly. Sedap juga donut ni minum dgn tea.Tak payah la masuk gula sebab donut dah cukup manis.Dapat la masuk opis dgn muka yang manis after this.Resipi asal guna mesin dan sarang donut Kita buat semua cara manual je.

Bahan-bahannya
25 ounce yis (Puan Ros guna 1 paket yis mauripan)
1/4 cawan air suam
1 1/2 susu suam-suam panas
1/2 cawan gula halus
1 teaspoon garam
2 biji telur
4 sudu kecil shortenig
5 cawan tepung gandum ( Puan Ros standby lagi 1cawan guna masa menguli tepung sebab adunan ni macam agak lembik sedikit)
Minyak secukupnya untuk mengoreng donut
Bahan Glaze
1/3 cup butter (Puan Ros masuk lebih kurang 150 grm)
2 cawan gula icing
1 1/2 teaspoon vanilla
4 sudu besar air panas
Cara-caranya
1- Campurkan yis dengan air suam dan biar sampai berbuih
2- Didalam mangkuk besar campurkan 2 cawan gandum bersama gula,garam, telur, shortening, susu. dan juga campuran yis.Kacau dgn senduk kayu.(resipi asal guna mesin)
3- Masukan lagi 3 cawan gandum sedikit demi sedikit dan uli mengunakan tangan.Jika aduna terasa agak lembik gunakan gandum yang 1 cawan lagi sedikit demi sedikt..Adun sampai adunan lembut dan tak melekat pada mangkuk.(Puan ros guna lebih kurang 1/2 cawan )
4-Sapukan sedikit minyak dalam 1 lagi mangkuk yang agak besar dan masukkan adunan tadi .Tutup dan biarkan adunan kembang 2 kali ganda selama lebih kurang 45 minit ke 1 jam.
5.Keluarkan adunan tadi dan taburkan sedikit gandum diatas tray dan buat adunan bulat-bulat sederhana besar. Biarkan sebentar(resipi asal dapat 18 ,Puan Rose dapat 25 biji) 
6-Panaskan minyak dalam kuali ,dengan mengunakan jari telunjuk buatkan lubang ditengah bebola tadi dan  goreng donut hingga kuning keemasan.
Cara memasak glaze
1- Cairkan butter dgn api sederhana.Masukkan gula dan vanilla.Kacau hingga sebati.Tutup api dan alihkan periuk.
2-Masukkan sedikit demi sedikit air panas dan kacau.sehinnga mendapat kecairan yang dikehendaki.
3-Celupkan donut kedalam glaze dan hiaslah sesuka hati
p/s;Donut yang Puan Ros dapat agak banyak so glaze tu macam tak cukup.So Puan Ros tambah kan air .
Glaze yang agak cair tak nampak cantik atas donut,tapi rasanya tetap ok..
kata aja banyak tapi habis semua dimakan dari pagi sampai petang.Dapat la bagi cikgu kat skolah 2 3 biji .(sorry teachers mana yang bertugas dapat la merasa.mana yang tak bertugas hari tu tak dapat la nak rasa)
Ini donut yang berglaze cair tapi tetap sedap!
haaaa yang ni donut ball my little laling (hana) yang buat......Mintak-mintak besar nanti rajin la kedapur..
makan 2 donut dgn1 cawan teh tampa gula and go to office filling sweet.....Ada ke org feeling sweet?









No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info