Meehoon goreng perisa tomyam
Bahan-bahannya
1 bungkus meehon
150 gram daging
2 ketul kiub tomyam
3 sudu makan fish sos
1 sudu makan sos tiram
4 batang sawi
1 batang bunga kantan
1/2 batang carrot
1/2 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
2 biji telur
Garam dan gula secukup rasa
Cili padi atau cili giling jika mahu(Puan Ros tak masukkan)
cara memasak
1- Rendam meehon dalam air suam selama 1/2 jam dan toskan airnya.
2- Daging dipotong nipis and dicuci besih.Toskan airnya
3- Panaskan 3 sudu besar minyak.Pecahkan 2 biji telur dan dikacau sampai telur hancur.Angkat dan ketepikan.
4- Dalam kuali yang sama tambah 2 sudu minyak dan tumis bawang putih hingga garing.Masukkan daging dan kacau. Goreng sampai air daging kering.
5- Bancuh kiub tomyam bersama sedikit air dan campurkan dengan daging tadi.masukkan semua sos dan masak hingga sos mendidih.
masukkan meehoon dan kacau rata.Kecilkan api sedikit.
6- Masukkan sawi,carrot dan bunga gantang.Masukkan juga telur goreng tadi dan kacau rata.masak sampai meehan lembut.
7- Rasalah masin manisnya dan tambah apa yang patut.
8- Taburkan daun bawang atau daun saderi semasa menghidang.
Comments
Post a Comment