Accidental choc cake
Salam salam----Nama kek ni sebenarnya ada cerita disebaliknya.Puan ros buat kek ni khas untuk 2nd princess convocation today.Tengah kita mengadun kek ni tiba2 dengar msg dekat hp.Sambil kacau kek sambil jawab.Siap semua masuk dalam oven.Sambil mengemas barang2 yang digunakan tiba-tiba........eeik knapa ada 2 biji telur atas meja?Huk huk huk adunan kek tadi tak masuk kan telur la.How......now? jadi ke tak kek tu?Tak dapet den nak menolong dah masuk oven pun.
Apa-apa pun kita semua have a good time jamu selera lepas upacara konvo.dah sampai rumah semuanya dah kekenyangan so miss cake kena tunggu la dulu.Bila semua yang kat dalam perut ni dah rasa mesra alam sikit maka baru la ada adegan potong kek.Kek ni agak lembab dan sedap juga.Lain kali nak buat lagi and pastikan masuk telur pulak.
Teringin la nak tunjuk 2-3 gambar happy faces of my 2nd princess convocation tu. Boleh ya!
Bahan-bahannya
11/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan self raising flour
1 cawan gula halus
1 cawan gula perang
3/4 cawan koko powder
1 1/2 cawan susu segar
11/2 tsp soda bicarbonat
2 biji telur
1 tsp salt
30 gram buttermilk
1 cawan minyak mazola
1 tsp esen vanilla
1 cawan air panas mendidih
Cara memasak
1 - Campukan semua bahan kedalam mangkuk adunan dan adun mengunakan medium speed sampai adunan sebati
2- Sapu sedikit minyak pada loyong pembakar dan masukkan adunan kek.
3- Bakar dengan kepanasan suhu 170c selama 1 jam .Cucukkan lidi ditengah dan sekiranya lidi keluar bersih itu maknanya kek sudah masak.Keluarkan dari oven dan sejukkan.
Topping
Puan Ros gunakan 1 keping coklat masakan Van Houten dicampur bersama 2 sudu kecil butter.Masak cara double boiler.
Curahkan coklat masakan keatas kek dan boleh l;ah dihias sesuka hati.
p/s- Princess kita tanya mama knapa deco cake tu nampak macam kek zaman dulu? Alah wee dah benda tu aja yang ada kat dapur.Lagi pun bak hias menghias kek ni kita baru di takuk budak-budak tadika.hi hi hi
Mama bear,Papa bear,baby bear and .........my little laling bear
congratulations NINI!!!!
ReplyDelete