Mereka yang sudi.......

Friday, December 3, 2010

Roti Silang Inti Cendawan

Salam  semua. Menu pagi fovourite my laling is roti.......Ini menu breakfast pagi ni.Resipi ni panjang sangat so malasnya nak menyalin minta izin copy paste dari blog che mat gebu  blogger tersohor lagi ternama.Dapur tampa sempadanTerima kasih che mat.Kita cuba sedaya upaya ikut exactly resipi doh ni ya. Untuk roti ni Puan Ros buat double resipinya sebab nak habiskan 400g daging hancur. Untuk intinya Puan Ros guna rempah kari.Tapi kita punya roti tak secantik yang original punya....Tak apa dah dapat blajar resipi pun dah puas hati.terima kasih daun keladi kalau boleh nanti nak copy paste lagi.....

BAHAN DOH :-)
250 gram tepung roti (high protein flour)
50 gram gula halus @ gula kastor
1/2 camca teh garam halus
10 g susu tepung (mat guna susu "everyday")( tak masuk sebab tak ada)
1/4 camca teh bread improver
1/4 camca teh bread softerner(ini pun tak ada)
30 g telur (pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang)
6 gram instant yeast
20 gram mentega
125 ml air suam (kalau guna Breadmaker guna air biasa)
BAHAN INTI CENDAWAN :-)
200 gram cendawan butang, hiris
150 gram daging kisar (daging ayam atau lembu)
1 inci halia*
2 ulas bawang putih*(*ditumbuk halus)
2 helai bay leaf (Puan ros masukkan rempah kari)
3/4 camca teh serbuk lada hitam
1/2 cawan susu sejat(tak masuk sebab tak ada stock)
Garam dan secubit gula
1 biji bawang besar, didadu
1 pokok daun bawang, hiris

CARA MEMBUATNYA :
UNTUK DOH :- Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih. Satukan semua bahan lain kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit). Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih,(puan Ros tutup dgn tuala aja) biarkan 45 minit hingga naik.

  1. UNTUK INTI CENDAWAN :- Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bawang besar dan juga bay leaf (rempah kari), tumis hingga layu. Masukkan daging dan masak hingga daging kecut. Tuang susu dan masak hingga daging lembut . Masukkan cendawan dan juga lada hitam, masak dengan api perlahan hingga cendawan layu dan kelihatan kering. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Akhir sekali masukkan hirisan daun sup, kacau rata dan sejukkan.
  2. UNTUK ROTI SILANG :- Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, bagi doh kepada 2 bahagian. Ambil satu bahagian, canai 4 persegi seperti dalam gambar. Kelar kiri dan kanan doh tadi. Isikan 1/2 bahagian inti di tengah doh. Kemudian lipat bersilang antara jejari kanan dan kiri, buat hingga siap, alihkan ke loyang yang telah disapu sedikit mentega. Buat kaedah sama untuk satu bahagian lagi. Perap 45 minit atau hingga naik sekali ganda. Sapu telur (baki dari 30 gram tadi) dan tabur serbuk lada hitam atasnya. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pasa suhu 190C selama 25 minit atau hingga kuning keemasan. Sejukkan roti sebelum dihidangkan....(kita ni pelahap sikit nak cepat nak gi opis so kita makan panas-panas ... hi hi hi)
  3.  
     






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info