Mereka yang sudi.......

Sunday, December 26, 2010

Baked potato

Hi,We have blueberry pancake for breakfast and I'm cooking this baked potato for lunch today.This is also a hit in my family.From small laling to senior laling and the 2 princess.lets cook.
Bahan-bahannya 
7 biji kentang (Russet potato)
150 gram minced chicken
3 sudu besar butter
4 sudu besar sour cream
5 sudu besar susu segar
1/2 bawang besar
1/2 sudu kecil wochestershire sauce
1/2 sudu kecil garam
Mozzarella cheese
Cara memasak
1- Basuh kentang bersih bersih dan keringkan airnya.Cucuk kentang dengan garpu.(pastikan keseluruhan kentang dicucuk)
2- Campurkan 1/2 sudu kecil minyak masak dan 1/2 sudu kecil garam.Lumurkan pada kentang.
Bakar kentang dgn suhu 220c lebih kurang 1 jam.
3- Sementara menunggu kentang masak,Panaskan 1 sudu besar minyak makan dan goreng bawang besar hingga naik bau.Masukkan daging ayam dan goreng sebentar.Masukkan sos wochester dan garam.Masak hingga air ayam kering.Angkat dan sejukkan.
4-Bila kentang sudah masak,biarkan sebentar (jangan tunggu sejuk nanti susah nak lecek).Potong dua kentang dan korek keluar isinya mengunakan sudu.
5- Dalam mangkuk masukkan isi kentang dan butter.Lecek kentang hingga hancur dan halus. Masukkan susu,sour cream dan gorengan daging ayam tadi.gaul sampai sebati.Tambah garam jika perlu.
6- Isikan kulit kentang dengan adunan isi kentang tadi dan taburkan mozzarella cheese diatasnya.
7-Bakar dalam suhu 180c selama lebih kurang 1/2 jam dan warna cheese keperangan.





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info