Mereka yang sudi.......

Monday, December 13, 2010

Nasi Daging

Salam mama-mama yang suka memasak.Puan Ros memang suka masak tapi kadang-kadang hantu malas melanda diri.kalau malas Puan Ros suka cari resepi 2 in 1.Resepi ni dapat dari dapur norma .dah cakap dgn dia nak cut and paste kat sini. Katanya silakan dan sharing is caring.How sweet. Nasi ni memang sedap.Selain resepi air asam tu Puan Ros buat acar kubis mentah.Semua makan nasi bertambah-tambah.memang dah tahu dah so Puan Ros masak 2 kali ganda dari resepi asal.Puan ros tak tabur daun pasley sebagai hiasan sebab my niece yang sorang ni kata dia tak suka bau daun tu .Rasa pening dan tak suka makan.So masuk sikit aja masa masak nasi.resepi ni mama-mama semua patut cuba , memang sedap. 2 thums up to the owner of the resepi.


Bahan-bahan:
* 250 gm daging (hiris sederhana dan rebus dengan halia hingga lembut)
* 2 cawan beras (dibersihkan)
* 2 cawan air rebusan daging
* 1/4 cawan susu cair (Puan Ros guna fresh milk)
* 1 sudu besar rempah kurma (dibancuh) Puan Ros lebihkan sikit rempah ni
* daun pandan
* 1/2 tomato (dicincang)
* garam dan gula
* daun ketumbar
Bahan tumis:
* kulit kayu manis
* 1 kuntum bunga lawang
* 3 kuntum bunga cengkih
* 3 kuntum buah pelaga
* 1 bawang besar (dimayang)
* 1 ulas bawang putih (diketuk)
Cara-cara:

1. Panaskan minyak zaitun.(Puan Ros guna minyak masak)
2. Tumis kesemua bahan tumis sehingga naik bau
3. Masukkan rempah kurma, biar sehingga wangi
4. Masukkan air rebusan daging, daging, tomato, susu cair, daun pandan gula dan garam. Biar sehingga mendidih.
5. Masukkan beras. Biar sehingga masak
6. Taburkan daun ketumbar dan hidang bersama air asam.
Resepi air asam.

Bahan A: (blend)
* asam jawa
* cili padi
* tomato
* belacan (tak masuk sebab belacan buat muka princess2 kita berjerawat)
* kerisik
* gula
* garam
Bahan B : (potong)
* tomato
* bawang besar
* cili padi
* beberapa helai daun kesum-dihiris halus (ini pun tak masuk sebab tak ada)
Cara2:
1. Masukkan bahan B ke dalam bahan A. Gaul rata.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info