Mereka yang sudi.......

Tuesday, December 21, 2010

Ayam percik

Salam.Semalam Puan Ros off, so bawa anak-anak and anak buah gi ronda-ronda di the curve.having lunch at paddington pancake rest. Kalau dekat-dekat krismas ni memang nak kena bawa little laling gi ronda tengok krismas deco dan kena juga shopping for xmas gift.balik pun dah lewat petang.Masuk dapur kena pikir apa yang cepat dimasak.And this is for me 1 of the easiest recipe to cook.Dah siap buat sos yang simple tu masuk aja dalam oven.Kalau masak ni teringat bonda kat kpg.Every time we made a trip to hometown berjejar la ayam percik atas meja makan,my bonda will masak ni for my laling (hubby) sebagai tanda sambutan keberangkatan pulang menantu dia.My bonda masak cara traditional la berasap-asap dapur ,satu kpg boleh bau.Puan Ros punya hentam aja la.............


bahan-bahannya
3 keping ayam
400ml instan santan cap ayam brand
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1/4 sudu cili giling (sikit aja)
asam keping
gula dan garam secukup rasa
Cara memasak
1- Ayam dibersihkan ,masukan kedalam periuk bersama hirisan sebiji bawang merah air dan secubit garam.Rebus hingga air mendidih.Angkat dan keluarkan ayam.
2-Blend bawang merah .halia dan cili giling.masukkan kedalam periuk bersama santan.masak santan hingga mendidih.
3- Masukkan asam keping garam dan gula secukup rasa.Biarkan santan diatas api kecil sehingga pekat  dan kering sedikit.
4-Setelah santan pekat dan kering masukkan ayam kedalam santan tersebut dan letak atas rak besi dan letakkan dalam dulang pembakar.Buat yang sama dengan ketiga-tiga ayam.
5- Panaskan oven 190c dan masukkan ayam tadi kedalam oven.Keluarkan ayam setelah 5-10 minit dan masukkan semula kedalam periuk santan tadi Letakkan semula ayam diatas rak besi dan bakar bahagian yang lagi satu.Bakarla selama 5-10 minit lagi.keluarkan ayam dan masukkan sekali lagi kedalam santan.
6-Atur semula ayam keatas rak besi dan tuankan semua santan keatas ayam tadi.masukkan semula kedalam oven dan bakar hingga santan dan ayam kekuninngan.Hidangkan panas-panas.
p/s tak sempat tunggu ayam tu garing sangat sebab budak-budak ni semua kelaparan.










Nak tayang gambar sesi ronda-ronda dan makan-makan ya Everything  is served with pancakes!


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info