Fish Porridge (bubur nasi ikan)

Salam untuk semua.Musim hujan dan panas ni memang buat ramai org demam,sakit kepala,batuk dan sakit tekak kan?Kita dgn little laling pun baru baik tapi dah paskan dekat papanya pulak.kesian
Kalau nak tahu sebenarnya kat sini dah menjadi satu syarat dari my laling tak kira sapa2,bila ada seorang yang tak sihat 1 rumah kena makan bubur nasi (pada hal dia rindukan  masakan mak dia la.)...Masakan ni memang selalu buat tapi tak pernah buat N3.lagi pun bubur nasi je.Semua pun tahu buat.Ya la.. semua org tahu tapi anak dara kita.....huk huk huk ..tahu jugak.. makan...so resepi ni bagi la untuk dia org refer next time ya.
Resepi: P.Ros @ SinaranMenu
Bahan Dan Cara
 * 2 cawan beras(cawan periuk nasi letrik)
* 16 cawan air (guna cawan yang sama )
* 2 keping isi ikan dory yang dipotong kiub sederhana besar boleh diganti dgn ayam jika mahu).
* 3 keping halia muda yang dah dihiris nipis dan potong halus memanjang
* 1 ketul kiub pati ayam atau pati ikan bilis 
* 2 sudu kecil lobak asin yang dihilis halus(Ada jual kat supermarket)
* 1 ulas bawang putih dihiris halus
1- Basuh bersih beras dan masukkan air.Masukkan juga bawang putih dan halia.Jerang atas api yang sederhana kecil sampai hampir mendidih dan masukkan potongan isi ikan.
2- Masukkan pula kiub pati ayam,kacau rata dan kecil kan api. Masak sampai bubur nasi masak lebih kurang 30 minit.
3- Bila bubur nasi dah betul2 masak bolehlah tutup api.
4- Hidang semasa panas bersama potongan daun bawang,potongan cili padi dan kicap cair.
Nota: Jangan bimbang bila bubur nasi dah sejuk airnya menjadi kering.Masukkan sesenduk air panas dan kacau rata dan boleh dihidangkan semula.


                                                           happy cooking

Comments

  1. Kak Rose...kalau demam2 makan bubur cam ni sego rasa badan kan...tak demam pun sedap ni...:)

    ReplyDelete
  2. Kak Ros cayangggg....mieza tak pernah makan lg bubur ikan..selalu bubur ayam atau bubur daging atau udang je...boleh juga cuba utk menu makan si kecil mieza yg berusia 9 bulan tu kan..dalam peti ais pun ada ikan salmon..sedap juga kan kak :)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum akak...
    dah lama x makan bubur nasi ikan.. sedapnya tgk bubur nasi tu akak... teringin plak nak makan..

    ReplyDelete
  4. Cik cek kalau versi mak kita .dia buat nasi sederhana lembik dan buat sup asing .masa nak makan baru campur dalam mangkuk.Sedap.

    ReplyDelete
  5. Salam Mieza.Memang sesuai sangat untuk baby.Tapi kak ros belum pernah cuba dgn ikan salmon.Mieza cuba dan bagitahu kak Ros ya.

    ReplyDelete
  6. Salam Dyna,kat rumah ni bubur apa pun jalan.Ayam ke daging ke,ikan ke,Kadang2 kak Ros goreng ikan bilis dan potong bawang besar banyak2 dan cili padi.Masuk kicap manis.lagi la habis.

    ReplyDelete
  7. Aslmkum k.Rus

    Sy belum pernah mkn bubur ikan.kalau bubur ayam anak yg sulong cukup suka, cuma mamanya tak rajin nak buat...

    ReplyDelete
  8. akak....menu ni sesuai sgt dgn saya yg tengah sakit gigi nih..hehehhe...

    ReplyDelete
  9. Lama tak makan bubur ni, sedap tapi anak tak minat pulak......

    ReplyDelete
  10. Mamasya kat sini poridge tu sebahagian dari makanan kami.

    ReplyDelete
  11. Q..sesuai sangat la tu.Jom kita gi dentist , sebenarnya kak ros pun ada gigi berlubang.

    ReplyDelete
  12. Kak TnT,Hubby Ros memang suka makan porridge,jadi porridge tu sebahagian dari resepi yang mesti kat dalam list kat rumah ni.Dia boleh makan 2 3 mangkuk.Dah makanan keturunan dia kan kak.Kita pun ikut je la.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts