Mereka yang sudi.......

Thursday, December 8, 2011

Kari kesum

Salam semua.Ini lagi satu resepi 3c (cepat dan campak campak) Pernah juga buat sebelum ni tapi tak pernah masukkan N3 rasanya.Gulai ni buat pagi tadi untuk brunch hari ni dan makan dgn roti jala.Bahannya memang agak2 dan campak2 dalam blender.Resepi roti jalanya pula tentu semua org dah ada kan?So kita letak resepi gulai je sebab gulai tu memang sdn bhd punya.


 Resepi :P.Ros@SinaranMenu
Bahan-bahan
* Daging lembu di hiris nipis (tak berapa pasti beratnya sebab buka dari paket dan terus buang paketnya-lebih kurang sebesar tapak tangandan agak tebal)
* Santan dari sebiji kelapa
* 1 biji cili merah
* 1/2 biji bawang besar
* 3 keping nipis lengkuas
* kunyit hidup dan halia sebesar jari kelingking
* 2 sudu besar penuh rempah kari daging
*Beberapa batang daun kesum (kak ros petik kat belakang dapur)
*1 keping asam keping
* garam dan gula secukup rasa
Cara memasak
1-Masukkan semua bahan termasuk rempah kari kedalam blender dan campurkan sedikit air dan kisar bahan sampai halus.
2- Panaskan dalam 4 sudu minyak masak dan tumis bahan kisar hingga garing dan terbit bau.Masukkan daging dan kacau sebentar.masukkan pula santan.kacau sebantar lagi
.3-Masak hingga kuah mendidih dan masukkan pula daun kesum,asam keping ,garam dan secubit gula.Biarkan kuah mendidih.Kecilkan api dan bair  kuah merenih dalam 20 minit.
4-Boleh lah diangkat setelah daging empuk . Sedap dimakan dgn nasi ,roti jala atau roti biasa.

                                                          happy cooking

8 comments:

  1. salam pagi ros. Selalunya kan ros, resepi campak2 ni yang menjadi sebab semua ikut lidah yang merasa . Sedap nampak tu..

    ReplyDelete
  2. As'salam Pn Rose

    first time ni tengok kari daun kesum. Kiranya ini menu yang barulah ct tahu Pn Rose..hihihi. Mesti lagi sedap dan harum masa masak tu. Tapi CT ni masak bolehlah nak makan kari macam tak dapat terima pulak..hihihi. Tak tahu kenapa :)

    ReplyDelete
  3. Salam bundo betul tu.kita biasanya masak ikut lidah sendirikan.

    ReplyDelete
  4. salam Ct.CT tak makan kari???? Ni kes pelik tapi benar ya?

    ReplyDelete
  5. tak pernah lagi saya kak buat kari taruk daun kesum nih...apa beza rasa dia ye....pernah buat mee kari nyonya kot hari tu taruk daun kesum ni..sedap je makan bila gigit2 daun tu...

    ReplyDelete
  6. Q...rempah ratusnya rasa macam gulai biasa.Ni pun sedap juga.

    ReplyDelete
  7. kak ros...ni pes taim dgr kari daun kesum..mesti ada kelainan rasanya kan..gabungan daun kari dan daun kesum mesti wangi..kena cuba resepi ni ASAP hehehe..tunggu ye kak ros dia muncul di dapur mieza..

    ReplyDelete
  8. Hai Mieza....kak Ros tunggu....tapi kak ros tak masukkan daun kari,cuma daun kesum dan rempah kari.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info