Mereka yang sudi.......

Friday, December 16, 2011

Cencaru Bakar Daun Kesum

Salam untuk semua.Lagi 1 koleksi masakan simple dan senang.Ikan bakar ni lauk malam tadi.Sebenarnya daun kesum yang ditanam kat tepi pagar tu tumbuh subur disebabkan musim hujan maka terpaksala kita pikirkan cara nak mengunakanya dari pada ia mati tampa digunakan.Daun kesum is my favourite.Masak apa lauk pauk pun kalau masuk daun kesum memang sedap rasanya kan?Lagi pun ikan bakar senang nak buat.Masuk aje dalam oven .tekan suiznya..tada....siap
Semua daun-daun dalam bekas tu adalah airtangan laling kita.Ada lagi 2 3 jenis tapi sebab hari hujan kita pun malas nak keluar memetiknya.So tunjuk apa yang dah ada je..nanti kita buat pameran lagi ya...
Bahan sambal
* 1/2 labu bawang besar
* 1 biji cili merah/beberapa biji cili padi
* 1/2 biji buah tomato
* 3 sudu besar cili boh
* 3 ulas bawang putih
* Garam dan gula secukup rasa
* Beberapa batang daun kesum yang dipetik daunnya
* 3 ekor ikan cincaru dibelah belakang dan dibersihkan
Cara menyediakan
1 -Masukkan semua bahan kedalam blender dan blend hingga halus.Panaskan 2 sudu minyak masak dan tumis bahan hingga kering air .Cuba rasa dan tambah gula atau garam jika perlu.Angkat dan sejukkan
2- Masukkan sambal kedalam perut ikan dan lemurkan sedikit pada keseluruhan badan ikan.Masukkan pula beberapa keping daun kesum (atau sebanyak yang disuka kedalam perut ikan (daun kesum boleh dijadikan penutup pada sambal dari terburai keluar) .
3- Lapik tray dgn foil dan letak ikan diatasnya.Bakar ikan dalam oven dgn kepanasan 200C selama 15 minit.Keluarkan dari oven,terbalikkan ikan dan bakar lagi selama 15 minit atau hingga ikan kelihatan masak.


                                                            happy cooking

18 comments:

  1. salam Ros.lama tak singgah sini...ada pulak ikan bakar...ermmm cicah dgn air asam/kicap pedas...sodapp.

    ReplyDelete
  2. Mama Noorrrr.Lamanya tak denagr khabar..kemana menghilang???Ros ada jugak jenguk dapur mama sekali sekala..tapi napa lamanya dapur tak berasap????

    ReplyDelete
  3. kak ros.. cantik betul daun kesum. geram nengokkan. senang n sedap buat ikan bakar cam ni kan. akak bakat tu, kat dlm ikan stil juicy la kan. saya kadang2 kalau bakar terkering.tu yg tak best tu. tappi nampak best je ikan bakar akak tu

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Kak Ros,

    cantiknya daun kesum dan pudina tu...segar nampaknya...nur dh lama tk mkn ikan cencaru nie...kalau bakar sedap erk kak??

    ReplyDelete
  5. Salam Izah.Harap Izah bertambah sihat dan riang selalu ya.Kalau bakar ikan cencaru tak kering sangat sebab kulit luarnya yang keras tu.

    ReplyDelete
  6. salam Nur..daun2 tu memang menjadi-jadi tumbuhnya sebab musim hujan ni...kalau dekat boleh kak Ros hulur kat nur seikat dua kan?

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum akak ros cayang...
    seronoknya kalu ada tanam sndiri kan akak... segar jer tgk daun2 tu..
    tgk ikan tu mmg nampak sedap... suka sgt makan ikan yg d masak mcm nie...

    ReplyDelete
  8. Salam Diana...seronok juga tengok abg rajin berkebun.boleh jimat belanja.nanti kak Ros suruh dia ke laut sekali so tak payah beli ikan juga..hihihi

    ReplyDelete
  9. saya pun baru nk mula menanam sikit2.. seronok bila tgok pokok2 tumbuh segar.. terapy jugak tu.. ikan ccaru mmg best bakar2 camni..

    ReplyDelete
  10. Salam Puan Ros..
    waaa...dari jauh dah terhidu bau daun kesum...wanginye..Rahel pun suka gak mkn ikan cencaru bakar ni..sedap klu masi panas2 gitu..

    ReplyDelete
  11. sedapnya tgk ikan cencaru bakar ni kak Ros, memang fav saya ikan ni..lama dah tak mkn.:)

    ReplyDelete
  12. Dzana,betul tu.Daun2 yang hijau tu buat mata kita segarkan.

    ReplyDelete
  13. as-salam kak ros
    terliur je Ady tngk Cencaru Bakar Daun Kesum..npk sedap kak ros..

    ReplyDelete
  14. seronoknya kak ada pokok kesum sendiri..gemuk2 hijau tengok daun dia....

    lama betul saya tak makan cencaru...huhuhu

    ReplyDelete
  15. Ros,, ikan tu cam dok depan mata K1 jer.. jadi kucing kejap hee hee:)

    ReplyDelete
  16. Assallamualaikum kak Ros..
    Wah sedapnya kak ikan cencaru ni. Naz suka bakar cam ni pas tu cicah dgn kicap cili padi tu. Perah sikit asam limau kat kicap tu.. Best!!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info