Mereka yang sudi.......

Monday, December 19, 2011

Siakap Bersantan

salam untuk semua.Sebelum apa=apa kita nak minta maaf ya...banyak resepi lauk pauk yang mengunakan daun kesum kan lately ni? What to do...sebab nak memaksimumkan kegunaan daun kesum tu..kalau tak sayang la! Walau apa pun daun kesum memang sedap bila dimasukkan dalam masakan lauk pauk.Ikan siakap ni pun sedap..kata my laling!

Resepi:P.Ros@SinaraMenu
Bahan-bahan
* Seekor ikan siakap saiz sedehana dibersihkan dan potong buterfly
* 200 ml santan dlm kotak
* 4 ulas bawang merah
* 3 biji cili padi
*2 sudu besar cili boh
* Kunyit hidup sebesar jari kelingking
* Halia sebesar ibu jari
* 2 batang serai
* Beberapa batang daun kesum dan ambil daunya saja
* 2  helai daun pudina
* 1 batang daun bawang
Cara memasak
1- Panaskan minyak secukupnya dan goreng ikan hingga garing.Ketepikan
2- Blender semua bahan kecuali daun bawang dan daun pudina
3- Buang separuh dari minyak mengoreng ikan tadi dan tumiskan bahan2 yang telah diblender hingga garing dan terbit bau.
4- Masukkan santan dan kacau rata.Masukkan pula gula dan garam secukup rasa.Masukkan sekeping asam keping dan biarkan kuah mendidih dan pekat.
5- Buang kepingan asam  tadi dan tutup api.Siram kuah keatas ikan dan taburkan hirisan daun bawang dan daun pudina.Hidang semasa panas-panas.

*
                                                                          happy cooking


15 comments:

  1. wah sedapnya tgk siakap ni Kak Ros..memang menyelerakan mkn ngan nasi putih panasx2 ni..:)

    ReplyDelete
  2. kak rose...memalam dtg sini..nak tgk menu lauk best ni...nak join confirm abis dah kan kak rose...:)

    ReplyDelete
  3. siakap memang sedap! lagilah kalau masak begini,mau tambah nasi lebih ni Puan Ros!

    ReplyDelete
  4. salam kak ros...
    wahh.. mesti sedap ni.. ala2 ikan percik tp ada sikit kelainan ngan kehadiran daun2 tu... terliur tgk... kat rumah ni anak2 kurang suka ikan.. tp ibunya mmg suka sgt mkn ikan.. hehe..

    ReplyDelete
  5. salam kak ros...wahhh harum semerbak bau siakap tu, lbh2 lg guna daun kesum...Liza suka kalau msk guna daun kesum bnyak2...wangiiii

    ReplyDelete
  6. Aslmkum k.Rus
    ikan siakap mmg sedap dimasak....tambah dg kuah santan pekat atas ikan tu lagilah buat sedap.

    ReplyDelete
  7. Asalamualaikum kak Ros..
    Sedapnya ikan siakap... Nyum..nyum..

    ReplyDelete
  8. Ros, sedapnya...pasti wangi je bau dengan daun kesum tu...kalau dapat ni pasti boleh lupa nak toleh kiri kanan dah!

    ReplyDelete
  9. kak Ros cayang ,untuk dinda tak de ka?

    ReplyDelete
  10. wahhh...kak ros sangat-sangat menyelerakan

    ReplyDelete
  11. Thank u to all my lovely friends for the comments.Badan tak brapa sihat dan agak banyak benda nak diuruskan.Nanti kita BW bila dah lega sikit ya.

    ReplyDelete
  12. Salam sejahtera ...
    Blog yang menarik ~~~

    ReplyDelete
  13. aslmkum kak ros.. smga kak ros sihat2 selalu.. sedap tgok ikan siakap ni..

    ReplyDelete
  14. akak... makcik saya kalau masak gulai lemak pun kadang2 suka letak daun kesum ni...ada la skit kelainan rasa gulai tu...

    kalau ikan besar cam gini masak resepi apa pun best...hhehehe

    ReplyDelete
  15. waaa kak ros..dapnyer ikan ni..hari tu nampak kak amie buat kini muncul pula di dapur kak ros..bila la dia akan muncul di dapur mieza pula..tunguuuuuuu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info