Mereka yang sudi.......

Monday, December 26, 2011

White Chocolate Brownies

Salam untuk semua,Brownies ni adalah salah satu resepi yang dibuat pada hari krismas.Brownies ni simple dan senang untuk disediakan.
Bahan-bahannya
* 250 grm white coklat
* 250 ml double cream
* 100 grm chocolate chips
* 30 grm butter
* 2 biji telur
* 1 cawan gandum
* 100 grm almond nib


   Cara-caranya
1- Masukkan white chocolate,choclate chips dan cream kedalam mangkuk dan masukkan mangkuk kedalam microwave selama beberapa saat. Bila choclate dah kelihatan separuh cair keluarkan dan masukkan pula butter.kacau hingga butter larut didalam campuran coklat.
2- Pecahkan 2 biji telur kedalam bancuhan chocolate tadi dan kacau rata.
3- Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan kacau sebati.Taburkan almond nib kedalam bancuhan dan kacau dan balikkan adunan.
3- Masukkan adunan kedalam loyang dan bakar dengan kepanasan suhu 170C selam lebih kurang 20 minit dan bahagian atas brownies kelihatan kering.
4- Sejukkan brownies sebelum dipotong dan boleh disimpan didalam peti sejuk jika suka.


                                                         happy cooking

6 comments:

  1. nyumnyum..sedapnye k ros..sy suke brownies.. hehe..ceklat2 ni mmg peberet no 1 :)

    ReplyDelete
  2. noorsha,kak ros pun sama.sambil mengadap lapy sambil makan brownies ni.

    ReplyDelete
  3. Wahh dapur ros pun ade brownies,, bln ni je K1 wat 5 jnis brownies tuk temphan,, ada satu cam ros punya resipi tpi terlepas ambik gmbr tuannye dh dtg ambik,, guna white coklat + pistachios!

    ReplyDelete
  4. Kak1 ,Ros buat brownies tu main campak2.Kebetulan nak habiskan white chocolate yang dah nak expired.

    ReplyDelete
  5. kalau bronies ada lebih2 leh post kat dapur Rahel...nanti nak siram ngan sos coklat...yummy sangat..

    ReplyDelete
  6. Salam Kak Ros..sedapnya brownies..minta sini seketullah..nak masak kat rumah sendiri alang2 pasal tak de permintaan kecuali mem ni sorang jeeee....mahu tak mahu, kalau teringin sangat, lebih baik beli jelah seketul dua..hu hu hu hu hu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info