Karipap Roti


Salam to all.Ini karipap bidan terjun.pagi tadi bangun dan tak tahu nak masak apa for breakfast sebelum pegi office(sebenarnya musim cuti sekolah ni P.Ros masuk opis pukul 11 pagi)so ada la sikit masak nak main masak2 kat dapur.Sambil jalan kehulu kehilir,teringat malam tadi my laling asked.." mama there is 1 and half packets of bread on the table.You better think of what to do with it before it expired!!!!!alamak..apa nak masak ya.Tenguk dekat bakul ada kentang dan dalam botol ada serunding daging.Serunding daging ni bukan mudah nak dihabiskan sebab anak2 dara kat rumah ni tak berapa suka nak makan serunding tu.Tak tahu dari mana munculnya idea nak buat karipap dgn roti.Mungkin sebab malas nak adun kulit karipap kot..Idea karipap roti ni tiba2 je muncul,dan alhamdullilah menjadi pulak. Sedap dimakan semasa panas bersama secawan kopi.Jom tengok resepi jika berkenan ya.
Resepi Asal Karipap Roti : P.Ros@SinaranMenu
Bahan-bahannya
* 12 keping roti
* sebiji telur untuk egg wash
Bahan Inti
* 3 biji kentang didadu
*1/2 biji bawang besar didadu
* 2 1/2 sudu besar rempah kari
*2 biji bawang putih potong halus
* 1 keping chicken stock
* 1 cawan air
* Garam dan gula secukup rasa
* 3 sudu besar minyak
* 1 mangkuk serunding daging (boleh guna isi ayam atau daging sebagai alternative ya)

Cara menyediakan
1- Panaskan minyak masak dan tumis bawang putih hingga naik bau.Masukkan pula bawang besar dan kacau rata.Masukkan pula rempah kari yang telah dicampur sedikit air.Goreng hingga sedikit garing.
2. Masukkan kentang dan kaca rata.Tuang air dan biarkan bahan mendidih.Masukkan serunding daging(Serunding ni biasanya panjang2 so P.Ros gunting kan menjadi lebih kecil).
3- Masukkan bahan perasa dan tambah apa yang patut mengikut selera masing-masing.Masak dgn api perlahan hingga kentang empuk dan airnya kering.Angkat dan sejukkan.

Cara membuat karipap.
1- Gelek roti hingga nipis dan potong bentuk bulat mengunakan bentuk cawan atau mankuk.
2-Letak sesudu inti dan cantumkan kedua bahagian tepi dan picit sekeliling tepinya.Lepas itu gunakan garpu saiz kecil untuk  menekan bahagian tepi karipap.
3- Susun karipap atas dulang dan sapu telur hingga rata (pastikan tidak banyak telur meleleh dibawah karipap sebab takut ia melekat pada dulang .
4. Bakar karipap roti dgn oven yang dipanaskan pada suhu 180C selama lebih kurang 15 minit atau hingga kelihatan perang.
Nota : Pada sapa2 yang tak ada anak kecil boleh tambah potongan cili jika suka
           Inti yang dibuat ni cukup untuk 24 biji karipap.Tapi P.Ros buat 12 biji je.Balance inti tu Dibedal macam tu je 
           depan lapy.
           sebelum dimasukkan gula dan garam cuba rasanya dulu sebab serunding sudah ada rasa masin manisnya.Cuma
           tambah apa2 yang patut jika perlu.
           Karipap boleh dikeluarkan dari oven setelah 10 minit dibakar .Balikkan ia dan sapu telur pada bahagian yang 
           belum disapu telur tadi dan masukkan semula kedalam oven.
                                                        happy cooking

Comments

  1. As'salam Pn.Rose nice, menarik ni sure ank i suka...pemukaan roti pun garing...

    ReplyDelete
  2. very the very good idea.......stok roti sll terbabas...leh cube rezepi ni...tqs

    ReplyDelete
  3. Alamak kreatifnya akak ni. kena masuk list ni

    ReplyDelete
  4. betul tu kratifnya akak. bakar kan karipap ni, lagi sihat.comel pulak tu. insyaAllah boleh amik idea akak ni. mesti anak2 suke. tq kak ros

    ReplyDelete
  5. wahhh bestnya kak ros...idea baru ni, nmpak pun dah tau sedap...nnt Liza nk try la...thnx ye kak

    ReplyDelete
  6. Hebatla Rose..kat dapur pun ada R&D department. Akak memang suka benda-benda macam ni sebab apa selalu beli roti tapi tak makan...kali ini kalau akak convert roti ini pada karipap pasti lakukan...ha..ha great ideas and thanks for sharing.

    ReplyDelete
  7. Ros... sedapnya! pasti satu masa nnti kak rose akan cilok idea keratif ros ni...

    ReplyDelete
  8. Salam Kak Ros..kreative dan rajin betul kak Ros ni...macam2 idea boleh adaptasi....Sukeee saya tgk roti bakar ni...

    Emmm..next week dah start bz lah yaaa kak ros bila bermulanya sessi persekolahan...

    ReplyDelete
  9. Keratif2...dari roti leh jadi karipap lak...masuk list dulu...lenkali cek nak try buatlah...tak yah bersusah buat doh karipap kan...:)Thanks Kak share resepi ni...

    ReplyDelete
  10. Sangat menarik resepi ni..kreatif sangat kak Ros ni..

    ReplyDelete
  11. Salam untuk semua my lovely blogger friends yang bagi komen kat atas ya.Terima kasih kerana semuanya teruja dgn karipap roti tu.Jadi cikgu tadika ni kena la kreatif sikit kan?Hihihi..main masak2 ni sama macam main play doh la juga...Harap ada yang sudi mencuba nanti ya.Love you all for the support.Kat opis ni,tu la sebabnya buat komen sekali harung.Chow.. dulu ya.

    ReplyDelete
  12. Aslmkum k.Ros
    kreatif k.Ros buat karipap guna roti....sesuai utk sarapan...rotipun tak membazir.

    ReplyDelete
  13. salam Ros...sedap ni buat minum petang..nanti nk try buat.

    ReplyDelete
  14. mamasya..idea tu betul2 datang secara spontan je.betul tu tak payah rungsing2 kalau ada roti yang tak habiskan

    ReplyDelete
  15. Salam Kak Ros..nnt yana nk cuba lah..xyah ssh2 nk fikir bt doh dulu kan..yg ni segera jer..tq kak Ros ^_^

    ReplyDelete
  16. betul tu yana.Kita bolleh pnggil ni karipap segerakan???

    ReplyDelete
  17. Assalam kak Ros.saya cnp ye resepi ni,bila ada masa nak cuba buat.tq atas perkongsian.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts