Mereka yang sudi.......

Tuesday, December 6, 2011

Sambal Terung Bunga Kantan

Salam semua.Untuk sebulan ni akan ada banyak masakan makan malam sebab siang hari tak banyak masa kat dapur.dan pastinya masakan yang simple-simple je atau menu bidan terjun yang akan menjadi pilihan . Resepi ni adalah salah satu dari menu simple tapi menyelerakan.
Boleh dikatakan menu campak-campak tapi menjadi sebab laling kata sedap dan dia suka.Bahan utamanya pun 2 jenis je.
Jom tengok resepi dan kalau berkenan dijemput mencubanya ya.


Bahan-bahan
* 1 batang terung saiz besar 
* 1 batang bunga kantan
* 1/2 biji bawang besar
* 1/2 biji cili merah
* 3 sudu besar cili boh
* 2 ulas bawang putih
* Sedikit daun bawang 
* garam dan gula secukup rasa
* 5 sudu besar minyak masak
Cara memasak
1- Potong terung ikut bentuk yang disukai dan basuh bersih.Panaskan minyak dan goreng terung  biar agak layu dan bewarna perang.ketepikan.
2- Dalam minyak yang sama,tumiskan bawang putih dan cili boh.Goreng hingga bahan garing sambil dikacau.Masukkan terung dan dikacau sebati.Masukkan pula bawang besar yang dipotong nipis dan juga potongan cili merah.kacau sebati.Tambah garam dan gula secukup rasa.
3- Sendukkan kepingan terung kedalam pinggan tampa sambalnya sekeping-sekeping dan ketepikan.
4- Masukkan bunga kantan yang dipotong halus kedalam sambal dan goreng hingga layu.Sendukkan sambal bunga kantan tadi keatas terung .Taburkan sedikit daun bawang dan siap untuk dihidangkan.
                                                          happy cooking


10 comments:

  1. sedapnya kak terung..saya dari kecik memang suka makan terung...kadang2 buat ulam je cicah ngan sambal belacan..sedap..:)

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum kak Ros,
    sedapnya..suka terung masak camtu..tambah lg ada kantan, mesti bertambah harum lg..

    ReplyDelete
  3. Walau pun campak2, tapi tetap menyelerakan....

    ReplyDelete
  4. salam kak ros..
    bunga kantan ada byk! bw blk dr kg ritu.. tp terungnya baru je abis sy masak... huhu..

    ReplyDelete
  5. terung ni masak apa pun sedap kan rose?.

    ReplyDelete
  6. Assallamualaikum kak Ros..
    Wahhh.. Naz suka terung .. Masak sambal letak bunga kantan mesti lagi sedap dan harum..

    ReplyDelete
  7. Saya suke sambal terung. Tapi xpernah lagi try dgn sambal kantan yg mmg wangi tu. Double sedapla kan. Kak ros tq mendoakan saya. Trimaksihhh

    ReplyDelete
  8. Salam Izah,Sambal ni sedap.Kak Ros ratah je.Muga Izah cepat sembuh ya.

    ReplyDelete
  9. Untuk semua2 yang komen kat atas tu,terima kasih dan cuba ya sedap sambal ni.Minta maap la sebab masuk bakul angkat sendiri!Love to have you all as kawan alam maya..bukan Adam maya ya!!!!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info