Meehoon Goreng Basah

Salam semua.Another recipe that reminded  me to my late mom-in law and 1 of my laling"s favorite.I cooked this for diner last night. Easy and simple to cook and of course nice to eat.Check it out....


Bahan-bahannya
* 1 paket meehoon cap bintang ( guna 3 keping sahaja)
* 250 grm daging dipotong nipis
* 3 pokok sawi hijau dipotong sederhana
* 1 mangkuk potongan kobis cina
* 1 biji cili merah potong serong
* 1/2 biji bawang besar dipotong nipis
* 2 ulas bawang putih dicincang halus
* 1 1/2 pati ayam
* 4 1/2 cawan air
* 1 biji telur dipukul sedikit
* Garam secukup rasa
* Minyak untuk menumis
* 4/5 biji cili padi dipotong halus dan dicampur dengan kicap cair
Cara memasak
1-Rendam 3 keping meehon dgn air suam selama 1/2 jam
2- Panaskan dalam 4 sudu besar minyak makan dan goreng meehoon dalam periuk tahan panas dan boleh digunakan untuk menghidang. Goreng  meehon dalam 10 minit atas api sederhana panas Ketepikan.
3- Dalam kuali besar atau periuk panaskan 3 sudu besar minyak makan dan tumis bawang putih hingga terbit bau.Masukkan daging dan goreng sebentar.
4- Bila daging sudah separuh masak, masukkan 4 1/2 cawan air.Masukkan kiub ayam dan masak sampai kuah mendidih dan daging empuk.
5- Masukkan sayur,cili dan bawang besar. Kacau sebentar.masukkan telur yang telah dipukul dan kacau hingga telur masak.
Tambah sedikit garam atau sebanyak yang diperlukan.
6-Tutup api.Sendukkan semua sayur dan letakkan diatas meehoon yang digoreng tadi.Kemudian tuang semua kuah keatas meehoon.Boleh dihidang dengan cili padi yang di rendam didalam kicap cair tadi.
p/s Pastikan kuah hanya dituang keatas meehoon semasa hendak dimakan untuk mengelakkan Kuah kering dan meehoon kembang didalam kuah.
Sayur juga boleh dipelbagaikan .Boleh guna carrot yang diparut dan cendawan cina jika suka.Hari ni sayur tu aja yang kita ada. 









































Comments

Popular Posts