Mereka yang sudi.......

Thursday, March 17, 2011

Sardin Ring


Salam pagi.Musim cuti skolah ni banyak kenduri kahwin kan.Ramai anak dara yang dapat cincin emas atau berlian.Jeles la...Hari ni mak dara ni pun teringin nak pakai cincin. Pagi -pagi kita bangun menepa cincin mas ni .Sapa-sapa nak tengok dan rasa cincin ni mari singgah sini Kosnya tak mahal .Semua orang boleh belajar membuat dan memilikinya. Nak ke belajar? Bahan-bahan beli sendiri,Pendaftaran dan kelas dijalankan secara percuma. Mari lah...bukan kat tadika.... kat rumah kita la.....sebelum sampai rumah ni kena pass by tadika,singgah-singgah la ya!!


Bahan-bahannya
* 5 keping roti pratha jenama kawan (jenama tu aja yang elok)
* 1/2 keping sardin mackerel (bergantung pada saiznya)
* Sedikit bawang besar dipotong halus
* cili merah dipotong halus


Cara memasak
1- Potong roti prata kepada 2 bahagian.(guna sekeping-sekeping ,pastikan yang lain disimpan didalam plastiknya)
2- Letakkan 1 sudu kecil sardin di 1 bahagian hujung roti dan gulung kearah depan kemas-kemas.Temukan kedua-dua hujung prata dan bentuklah seperti cincin. Sapukan sedikit minyak masak kedalam dulang sebelum diletak prata yang siap digulung supaya tak melekat
3- Panaskan minyak masak dan goreng prata hingga garing keemasan dengan api sederhana.
p/s Boleh dipakai dilengan atau jari jika suka (bergantung la pada saiz lengan dan jari ya).P Ros masuk dalam mulut aja. Itu pun sebiji aja,yang lain princes bawa gi kolej.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info