Mereka yang sudi.......

Wednesday, March 16, 2011

Ayam Madu Sticky


Salam Ayam ni masak untuk makan malam last night.Ada permintaan untuk dibuat lagi tapi nak makan dengan nasi ayam pulak.Ok la girls nanti mak bonda tunai kan ya.Ayam yang memang sedap and must try recipe.Thank you hana.tapi gambarnya tak nampak macam ayam sebab kita longgokkan semua skali.Maalum la professional photographer kan.....apa-apa pun janji tukang-tukang makan kat sini cakap sedap.


RESEPI AYAM MADU STICKY
source : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan

  • 1/2 ekor ayam - potong kecil
  • 2 inci halia muda - parut*
  • 5 ulas bawang putih - ketuk* ( *P.Ros campur dan tumbuk kasar)
  • 2 sudu besar kicap pekat manis
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2sk maggi seasoning @ sos ikan - hana letak dua2(P.Ros letak Worcestershire sos)
  • 1 sudu besar sos cili dan sos tomato
  • 3-4 sudu besar madu
  • 1/2 sk lada hitam
  • 1/4 cawan air*
  • garam jika perlu
Cara-cara
  • Gaul semua bahan dalam mangkuk kecuali air. Perap sebentar 10-20min.
  • Panaskan kuali non stick dengan sedikit minyak. Masukkan ayam tadi dan juga sedikit air. Tutup dan biarkan masak hingga air kering dan terbit minyak dan sticky seperti ayam bakar.Sesekali balik2kan supaya tidak terlalu hangit.
  • Sebelum matikan api, pastikan ayam masak, jika belum tambahkan lagi air dan masak lagi hingga kering dan sticky.
  • Angkat dan buang lebihan minyak. Hidangkan.

2 comments:

  1. salam kak...
    terima kasih sudi mencuba.. nmpk lg sodap akak masak.. and thanx doakan kami kak yer...

    ReplyDelete
  2. Salam disambut yang.Thanks to you for all the brilliant recipes that you willing to shared with all of us.Kita jumpa kat malaysia ya.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info