Mereka yang sudi.......

Monday, March 14, 2011

Sambal Udang Kering Kepal

Salam to all. Sebenarnya sambal ni P.Ros buat for lunch yesterday afternoon.Makan dengan lontong.Upacara menghabiskan bungkusan nasi impit yang dibeli untuk dimasak masa raya haji tahun lepas.Udang kering kepal tu pula satu paket memang banyak.separuh dah buat cucur.So balance dia P.Ros buat sambal ni.Tapi sambal ni sebenarnya main campak-campak aja bahannya.P.Ros tuliskan juga la lebih kurang bahan-bahan yang diperlukan ya!Letakkan sesudu sambal ni dalam lontong sebelum dimakan.Sedap banget seh...Tapi gambar lontong tak ambil sebab kamera kehabisan bateri.Bila dah ada bateri lontong pula yang habis..tak dapat den nak menolong.Sambal ni dimasak lebih awal sempat juga kita klik 1 keping gambar.Jom tengok resepi.


Bahan-bahannya
* 1/2 packet udang kering kepal dibasuh dan toskan airnya
* 1 biji bawang besar atau beberapa biji bawang merah
* 10-15 batang cili kering digunting ,dibasuh dan dibuang bijinya (bergantung pada kepedasan yang diingini-boleh juga mengunakan cili giling)
* 1 biji cili merah
* 2 ulas bawang putih
* 1 keping asam gelugor
*garam dan gula secukup rasa

Cara memasak.
1- Blend semua bahan kecuali asam keping dan udang kering
2- Panaskan 4 sudu makan minyak masak dan tumis bahan yang diblend tadi hingga terbit bau.Masukkan 1 sudu besar gula dan 1 sudu kecil gara. Kacau rata.masukkan asam keping.
3- Bila sambal dah mendidih dan pecah minyak masukkan udang kering kepal,Kacau rata.Rasa lah asam garamnya dan tambah apa yang patut mengikut selera masing-masing.Biarkan sambal betul-betul naik minyak.Asam keping boleh dibuang sebelum dihidangkan.
4- Letakkan sesudu sambal kedalam lontong sebelum dimakan.
P/s P.Ros cicah dgn nasi impit saja. sedap berbaloi-baloi....







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info