Mereka yang sudi.......

Monday, March 21, 2011

Kek Kukus Biskut Marie


Salam.This is another project from the new cooking book that I newly bought.Actually yesterday I tried 2 recipes from the book. The 1st one is the lemak kari ikan masin for dinner and one more is this kek kukus biskut marie for tea time. This cake is very soft and very nice.Bahan-bahannya pun agak simple.Walau pun atas kek tu nampak berkedut-kedut tapi sedap (mungkin kita pasang api kuat sangat).Today bawa gi sekolah bagi cikgu try.Ustazah kata sedap.....tima kaseh.... ..Boleh cuba bila lapang ya!

   
Bahan-bahannya
*200 grm margarine (P.Ros guna butter)
*150 grm gula perang
*4 biji telur
* 250 grm biskut marie (dihancurkan)
* 1 sudu besar serbuk koko
* 1 sudu besar instant coffee
* 2 sudu besar air panas
* 1 sudu kecil vanila essence

Cara memasak:
1- Pukul butter dan gula hingga  lembut. Masukkan telur dan dan pukul lagi hingga gebu dan creamy.
2- Masukkan biskut marie yang dah diblend hingga menjadi seperti tepung(guna blender untuk bahan kering).Kacau rata.
3- Bahagikan adunan kepada 3 bahagian.1 bahagian dimasukkan serbuk koko dan instant coffee yang dah dicampurkan dgn air panas.Biarkan 2 bahagian lagi dengan warna asal.
4-Letakkan kertas minyak/parchment paper dalam tray berukuran  8 inchi.Masukkan 1 bahagian biskut marie yang berwarna asal.Ratakan dan kukus selama 10 minit.
5- Lapiskan pula dengan adunan yang berperisa coklat dan kukus lagi 10 minit.Akhir sekali masukan adunan akhir biskut marie dan kukus lagi 10 minit atau sehingga kek masak.
6- Biarkan kek betu-betul sejuk sebelum dipotong.
p/s biskut marie boleh diganti dgn cream crackers atau digestive biskut.
Source : A Taste Of Malaysia Cook Book by Petsie Cheong







2 comments:

  1. Salam Kak..
    Woiweeee..kek tanpa tepung...bestttttttt...

    ReplyDelete
  2. Cuba la yang.. Sedap buat minum petang.nak buat pun memang senang.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info