Mereka yang sudi.......

Saturday, March 26, 2011

sardine Ring 2


Salam. Pagi tadi sebelum gi Esso carnival kita menempa cincin lagi atas permintaan 1st princess yang hanya sempat makan 1 saja kali pertama kita buat last 2 weeks. Sebelum ni P Ros masukkan sardin yang tak dimasak,tapi hari ni P.Ros tumis dulu sardin tu.Rasanya tetap lebih kurang sama. Sedap dimakan untuk breakfast bersama kopi.

Resepi: P.Ros @ SinaranMenu
Bahan-bahannya
* 5 keping roti prata (jenama kawan)
* 3 keping sardin (1 tin sederhana besar)
* 2 ulas bawang merah
* 1 1/2 sudu miyak untuk menumis
* sedikit garam dan lada sulah


cara memasak
1- Lenyek sardin hingga hancur.Potong bawang merah nipis-nipis.
2- Panaskan minyak dalam kuali , tumis bawang dan masukkan sardin.kacau sekejap.masukan garam dan lada sulah.Kacau dalam 2 3 minit.Angkat dan sejukkan.
3- Potong 2 roti pratha. letakkan 1 sudu kechil sardin yang telah dimasak tadi pada bahagian yang dipotong .Gulung pratha kemas-kemas. Cantumkan kedua-dua bahagian hujung roti dan buatlah simpulan yangl rata dan kemas.
4- Panaskan 2 cawan minyak masak.Goreng hingga garing.sedap dimakan waktu panas.
 little laling at the carnival.we did not stayed long because the weather is very hot!!! lo.....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info